Saturday, February 03, 2018

Ada Bukti Pertemuan AMANAH/Umno -Mohd Amar



Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu, beliau kekal dengan dakwaannya sebelum ini berhubung kerjasama dan pertemuan antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Umno Kelantan.
Bagaimanapun, timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, beliau tidak akan mendedahkan bukti yang dimilikinya.

"Dia boleh nafikan tapi kita ada maklumat dan ada saksi yang mengatakan ada perjumpaan antara pimpinan AMANAH dan Umno.
"Kita sebut gitu jelah. Tak ada, tak ada (nak tunjukkan bukti).
"Dia nak nafi, nafilah. Dia tuduh kita ada RM90 juta pun tak ada bukti," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Seminar Merakyat Membangun Bersama Islam di Bangi hari ini.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Mohd Amar mendakwa beliau mempunyai maklumat mengenai kerjasama antara AMANAH dan Umno.

Menurutnya, wujud perbincangan antara pimpinan kedua-dua parti itu untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Bagaimanapun Pengerusi Badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Manakala AMANAH turut menafikan dakwaan berkenaan dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Amar.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata AMANAH tidak perlu bersusah payah menjatuhkan kerajaan PAS kerana ia akan jatuh dengan sendiri. (TKO)

UNDILAH PAS dalam PRU14.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

5 comments:

Anonymous said...

Yang nak jadi penasihat UMNO ialah PAS. Yang sedondon dan sepentas dengan UMNO ialah PAS. Yang bayarkan gaji kakitangan awam Kelantan ialah UMNO.

Baik UMNO atau AMANAH tidak sukar untuk jatuhkan PAS. Kedua-dua tidak perlu bekerjasama kerana banyak keburukan dan kesalahan yang di lakukan oleh pemimpin PAS Kelantan.

Anonymous said...

Cakap macam kapir laknat, ada bukti tak nak dedah..

Anonymous said...

Sokong pas blum tentu masuk syurga..

Anonymous said...

Belajaq dr Penyamun latu tok2 lobai tu..

Anonymous said...

Apa punya contoh Islam.

Alasan pasal orang lain tuduh PAS dapat RM 90 juta, PAS pun boleh tuduh tanpa bukti.

Ini ke Imam PAS?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails