Tuesday, January 30, 2018

Tukar Agama Anak: M/Tinggi Syariah Di bawah Kuasa Sivil.

Penukaran agama anak tidak sah

PUTRAJAYA - Selepas hampir sepuluh tahun, hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika kepada Islam adalah tidak sah dan terbatal.

Keputusan itu dibuat oleh panel lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sekali gus membenarkan permohonan rayuan M Indira Ghandi.

Hakim Tan Sri Zainun Ali yang membacakan ringkasan penghakiman daripada 99 muka surat berkata, pertukaran agama perlu mendapat kebenaran kedua-dua ibu bapa anak tersebut sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Bekas suami Indira, seorang mualaf Muhammad Riduan Abdullah atau nama sebelumnya K  Pathmanathan menukarkan agama Tevi Darsiny, Karan Dinish, dan Prasana Diksa, ketika mereka masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan pada April 2009 selepas memeluk Islam.

Pada 30 Disember 2015, Mahkamah Rayuan membuat keputusan majoriti 2-1 untuk mengembalikan semula sijil penukaran agama tiga anak itu yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini.

Pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh mengisytiharkan bahawa penukaran agama tiga orang kanak-kanak adalah batal dan tidak sah merupakan satu pelanggaran Seksyen 50 (3) (b) (x) Enakmen Perak yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah di bawah bidang kuasa sivil, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding semua pihak berkaitan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi Islam dan pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu beragama Islam. (SH)

Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN

Komen Weblog Ibnu HasyimPada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh mengisytiharkan bahawa penukaran agama tiga orang kanak-kanak adalah batal dan tidak sah. Bahkan ia merupakan satu pelanggaran Seksyen 50 (3) (b) (x) Enakmen Perak.

Iaitu enakmen yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah di bawah bidang kuasa sivil, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding semua pihak.. Iaitu berkaitan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi Islam dan pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu beragama Islam. 

'Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah di bawah bidang kuasa sivil'. Beginikah taraf undang-undang Islam atau syariah di Malaysia? Sesuaikah dengan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan Perkara 3, Perlembagaan Malaysia? 

Untuk menyelesaikan masalah-masalah begini di negara ini, orang ramai perlu memilih parti Islam memerintah Malaysia. UNDILAH PAS dalam PRU14 akan datang.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

10 comments:

Anonymous said...

Seluruh umat Islam, badan2 Islam bersedih termasuk saya KECUALI PAN (Termasuk Ikran)

Mengapa PAN tak sedih. Kerana DAP mahu hak untuk orang Islam Murtad. PAN adalah khadam manakal tuan besar mereka adalah DAP

----------------------------------------


http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/


Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Anonymous said...

Tengok PAS, Isma dan NGO2 Melayu dan Islam semua sedih.

Tetapi bagi PAN, demi mendapat barakah DAP. PAN sedih sebab cukai arak tinggi dan sedih sebab peminum arak kena bayar mahal.

Itulah PAN yg berpaksi kepada DAP

------------------------------------------------

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/


PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum

ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.
Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.

“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,” katanya yang dipetik Free Malaysian Today.

“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,” tambahnya lagi.

Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.

Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.

Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.

Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.

Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosa”, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

PAN MEMBISU DALAM ISU INI KERANA TAKUT KEHILANGAN BARAKAH PALSU DAP. PAN LEBIH GEMAR BERBICARA PASAL HAK ATHEIST DARIPADA HAK ANAK MAULLAF.

INILAH PAN. KERANA BERKAWAN DENGAN ABU JAHAL PENANG. ISU INI DILUPAKAN. ADAKAH BAGI PAN, ATHEIST ITU MEMBAWA BERKAT ????????

SAY NO TO DAP SAY NO TO PAN SAY NO TO PH

---------------------------------------------

http://www.ismaweb.net/2017/11/29/apa-sudah-jadi-dengan-hanipa-maidin-pemimpin-parti-pan/

‘Apa Sudah Jadi Dengan Hanipa Maidin Pemimpin Parti PAN’

BANGI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – “Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?”

Demikian persoalan dilontarkan Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berikutan kontroversi pemimpin parti PAN yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berhubung isu membela ateisme.

Beliau turut berasa hairan dengan pendirian Hanipa sebelum ini, terutama ketika berada di dalam PAS, yang begitu lantang memperjuangkan hukuman bunuh ke atas umat Islam yang murtad.

Bagi, Dr Kamarul, Hanipa kini bukan sahaja tidak lagi berani memperkatakan mengenai kemurtadan anak muda Melayu atau penyebaran ateisme di kalangan mereka, malah mengatakan ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hujah bahawa ateisme dilindungi Perlembagaan Malaysia adalah menyimpang daripada fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana seorang peguam berpengalaman seperti Hanipa Maidin, yang sebelum menyertai PAN dahulu selalunya akan mengalaskan pendapat perundangan beliau dengan bukti perundangan, gagal untuk melakukan perkara sama di dalam isu ini.

“Beliau bukan setakat gagal menjelaskan kenapa, menurut beliau, pandangan “ateisme bukan satu agama” adalah asing kepada idea perlindungan keperlembagaan, malah gagal menjelaskan kenapa ia adalah asing dengan konsep kebebasan beragama yang terkandung di dalam al-Qur’an.

“Sangat menyedihkan sekali jika perubahan sikap Hanipa Maidin ini adalah berpunca kerana mahu dilihat selari dengan pendirian pemimpin parti seperti DAP, atau semata-mata kerana mahu mengekalkan kerusi PAN yang dimenangi di atas tiket PAS, khususnya kerusi Parlimen Sepang,” katanya.

Mengimbau kembali suatu masa dahulu, Dr Kamarul berkata, ketika Hanipa masih berada di dalam PAS, beliau kelihatan sering mengalaskan hujah kenapa hukuman bunuh ke atas murtad di dalam Islam tidak bertentangan dengan kebebasan beragama dengan cara memberikan bukti seperti ayat al-Qur’an.

“Membaca tulisan Hanipa Maidin mengenai isu ateisme ini dan membandingkan tulisan ini dengan pelbagai tulisan beliau sewaktu masih berada di dalam PAS akan membuatkan kita di dalam kebingungan: Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?

“Hanipa Maidin bukan tidak tahu bahawa yang mula-mula membangkitkan isu ateisme ini ialah rakan beliau sendiri, iaitu Ketua AWAN PAN, Dr Siti Mariah Mahmud, yang meluahkan kegusaran masyarakat kerana kebanyakan yang terlibat dengannya adalah anak-anak muda Melayu.

“Apa pun, bagi saya, hujah Hanipa Maidin bahawa ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyimpang dari fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian,” katanya.

Anonymous said...

Dengam itu kita wajib sokong PAS

Anonymous said...

Kita umat Islam sedang berkabung kerana puak sekular liberal telah memurtadkan kanak-kanak Islam walaupun perlembangaan negara telah menentukan bahawa hanya mahkamah Syariah yang berkuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak.

Kita tidak menghormati puak sekular liberal yang tidak menghormati perlembagaan negara. Perlanggaran perlembagaan negara menyebabkan keputusan puak sekular liberal terbatal.

Anonymous said...

Perlembagaan Persekutuan artikel 121(1A) telah menetapkan bahawa hanya mahkamah Syariah berkuasa menentukan sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak.

Tindakan puak sekular liberal dan kafir harbi memurtadkan kanak-kanak Islam adalah tindakan menghina agama Islam
Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan dan mahkamah Syariah.

Anonymous said...

DR MAHATHIR SENDIRI PUN PERNAH MENCELA NURUL IZZAH KERANA MEBOLEHKAN ORANG ISLAM MURTAD

DALAM HAL INI CHE DET ADALAH BENAR. SAY NO TO PH. PH ADALAH PRO MURTAD

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121112/dn_02/Tindakan-Nurul-Izzah--melampau---Dr.-M


Tindakan Nurul Izzah melampau - Dr. M


LANGKAWI 11 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan melampau.

Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat, hari ini.

Dr. Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama Persekutuan itu.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 November lalu, memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa? di Subang Jaya pada 3 November lalu. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121112/dn_02/Tindakan-Nurul-Izzah--melampau---Dr.-M#ixzz55dgngRkD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

DARI COPY AND PASTE DIATAS MAKA TERBUKTILAH DAP DAN PKR ADALAH PRO MURTAD MANAKALA PAN PULA MEMBISU WALAUPUN MENGHALALKAN LBGT DAN ATHEIST

TOLAK PH, KERANA PH ADALAH PRO MURTAD

Anonymous said...

Puak munafik liberal sekular dan puak kafir harbi merasa sangat gembira kerana mereka berjaya memurtadkan kanak-kanak Islam.

Selepas ini apa pula rancangan jahat mereka terhadap agama Islam dan umat Islam?

Marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

Anonymous said...


Tidak boleh ketepikan sejarah negara yang pernah di jajah oleh negara berkuasa besar..

Macamana penjajah mengguna taktik berbaik dengan pembesar negara..

Ada yang menjadi tali barut ..

Hingga sekarang pemimpin Melayu sanggup jadi barua kepada orang yang berkuasa yang menyamun dan menipu .. demi dedak.. Kalau dulu demi kuasa yang jadi perebutan..

Islam tidak akan tertegak dengan cara begini..

Bila RUU seru semua pemimpin Islam mesti lah bersatu hati.. bila kes tukar agama ini, guna untuk dapatkan sokongan ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails