Tuesday, January 30, 2018

Rampas Akhbar Harakah, Dah Nak Dekat PRU, Inilah Trendnya..



PETALING JAYA: Pihak berkuasa merampas akhbar rasmi PAS, Harakah yang dijual di beberapa kawasan, 2 hari selepas ia berada di pasaran.

Akhbar itu semalam melaporkan rampasan itu membabitkan kedai di sekitar Kerdau, daerah Temerloh dan Hulu Langat, Selangor.

Menurut laporan itu, muka depan edisi 2316 bertarikh 19 hingga 21 Januari lalu itu memaparkan “PM gagal beri gambaran penuh bandingan sebenar ekonomi Malaysia – Arab Saudi”.

Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Zainal Abidin Kidam yang dipetik akhbar itu berkata: “Dah nak dekat pilihan raya umum, inilah trendnya”.

Akhbar Harakah dijual pada harga RM2 senaskhah.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...


Geli hati pulak..
Dulu kena rampas rasa marah..

Penguatkuasa tak ada kerja ke..?

Dah tak ada orang baca HARAKAH..

Anonymous said...


Tak kan lah pasal “PM gagal beri gambaran penuh bandingan sebenar ekonomi Malaysia – Arab Saudi”...

Ingat pasal 1MDB ke.. atau pasal Rosmah ke ..

Kenyataan langsung tak ada unsur menghasut ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails