Thursday, February 01, 2018

Bukan Tanda2 Kiamat. Tapi 12 Tanda2 PRU14.


Berikut dibawah adalah 12 tanda-tanda besar hampirnya Pilihan Raya.  Umum (PRU14):

1. Akan munculnya makhluk yang datangnya 4 tahun sekali di tempat-tempat awam seperti di pasar borong, pasar malam, stesen bas, kawasan nelayan dan ada yang datang ke rumah-rumah.

2. Menteri-menteri mula menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing-masing di kawasan pendalaman. Masuk dengan berjalan kaki, berbasikal dan naik motosikal. Malah ada yang memikul kampit beras dan hamper seberat 1kg.

3. Jalan-jalan kampung yang berlopak 3 tahun mula diturap dengan tar setebal yang mungkin. Malah jalan yang tak rosak juga di tar lapisan baru.

4. Upacara pecah tanah disana sini, perasmian sana-sini untuk pembinaan bangunan-bangunan seperti klinik, hospital dan sekolah untuk kebajikan rakyat.

5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kepada orang-orang kampung sebagai bekalan selama 4 tahun.

6. Menteri-menteri akan menyuapkan makanan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas didada akhbar. Tiada lagi perasaan jijik.

7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin 5 sen seminggu setiap liter.

8. Menteri-menteri akan tebar roti canai di gerai-gerai di sana-sini. Malah siap hidangkan makanan untuk pelanggan.

9. Menteri akan rajin asah sabit, cuci longkang , menoreh getah, kait kelapa sawit dan sebagainya.

10. Tetiba sahaja setiap kali kita makan di gerai atau warung tak payah bayar. Ada yang dah bayar. Makan banyak percuma.

11. Aircond kereta menteri rosak secara tiba tiba, cermin kereta sentiasa dibuka untukk melambai tangan, mesra rakyat agar muka dikenali.

12. Masalah rumah, masalah tanah yang berlarutan 4 tahun dapat diselesaikan dalam tempoh 1 minggu sahaja. (TKO)



Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

4 comments:

Anonymous said...

Lebai2 PAS yang selalu ponteng di Parlimen pun akan sibuk bagi ceramah masuk kampung keluar kampung konon rajin bekerja dan peduli dengan rakyat.

Anonymous said...



Dedak sana... Dedak sini.

Tinggal kan parti.. Masuk PAS. Tak PAS, masuk UMNO.

Ceramah di ikuti dengan solat hajat di sana sini

Anonymous said...

Insyallah islam akan terus bersinar di bumi malaysia. Lagi dihina lagi difitnah maka lagi terdedah ke jayaan islam. Pada puak penentang islam kamu menentang diri kamu sendiri sebenarnya sebab kami tahu kebenaran milik allah.

Anonymous said...

Ya Islam terus bersinar... tapi bukan kerana Haji Jenin yang sedang panjat pokok batang yang rapuh..

Pasal menang PRU... kejayaan Islam!

Kebenaran bukan milik Haji Jenin.. jadi jangan nak mandai-mandai.. dia aje betul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails