Tuesday, January 30, 2018

Arab Saudi Bertukar Menjdi Pasir Putih (Video). SubhanAllah!


UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG 

SALJI jarang berlaku di padang pasir. Di negara Timur Tengah, musim sejuk merupakan perkara luar biasa. Menurut Mirror.co.uk, Arab Saudi telah dilanda salji yang jarang berlaku dimana ia telah membebaskan negara itu dari suhu kepanasan dan gurun pasir yang kering.



Rantau Tabuk di barat laut merupakan antara kawasan yang diliputi oleh hamparan putih apabila suhunya turun mendadak. Sehubungan itu, penduduk setempat menyifatkan sebahagian besar kejadian itu sebagai perkara yang luar biasa. 

Mereka turut mengisi masa dengan meluncur gunung, menulis nama mereka pada salji dan membuang salji yang menyelimuti kereta. Dalam pada itu, salji juga turun di Lubnan, Syria dan Iran, dimana beberapa kawasan itu telah dilitupi salji di bawah paras 4 kaki.

Salji di Arab Saudi memang sangat jarang berlaku dan ramai diantara mereka memuat naik gambar di media sosial dengan status musim sejuk yang melanda wilayah itu.

Satu perkongsian gambar menunjukkan unta yang diliputi salji manakala gambar lain turut menunjukkan padang pasir dengan campuran pasir dan salji. Laporan media tempatan turut melaporkan bahawa beratus-ratus pengunjung mengembara ke rantau itu untuk melihat sendiri pemandangan luar biasa tersebut. 

Dalam perkongsian lain, turut berkongsi gambar kesesakan lalu lintas apabila penduduk tempatan keluar berbondong-bondong ke gunung Al-Lawz setinggi 8,460 kaki, berdekatan sempadan Arab Saudi dan Jordan (turut diliputi salji).














Sebuah keluarga turut merakamkan momen membakar unggun api untuk memanaskan badan mereka. Sementara itu, kelihatan polis tempatan dan pegawai sempadan sedang menjalankan tugas mereka dan berada dalam keadaan kecemasan dan berjaga-jaga, petik Al Arabiya. 

Di kawasan lain, salju turut meliputi wilayah timur Beirut, dan Lubnan.

Sementara itu petugas di ibukota Iran dan Tehran, terpaksa mengawal lalu lintas di jalan yang diliputi salji. Ribut salji turut melanda sebuah kem pelarian sementara dimana, masih terdapat pelarian Syria di sana.

Minggu lalu, ribut salji yang jarang berlaku menyebabkan beberapa siri kemusnahan di bandar Tokyo. Beribu-ribu rumah terpaksa ditinggalkan. Beratus-ratus pembatalan dan penangguhan perjalanan dibuat oleh lapangan terbang itu.-SuaraTV





Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

2 comments:

Anonymous said...

Kerajaan Arab Saudi adalah barua rejim pengganas Israel dan Amerika. Persoalannya adakah salji ini turun ke Arab Saudi sebagai rahmat atau bala?

Anonymous said...

Selagi tidak ada khemah semasa ceramah terbang.. bukan bala nama nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails