Tuesday, January 30, 2018

Apa Jadi Dengan Keputusan Kes Indera Gandi? Menyedihkan -PAS


KEPUTUSAN panel Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandi yang dikeluarkan pada hari ini amat menyedihkan. Mereka meminggirkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdahulu dalam kes Subashini lwn Sarawanan. Hasilnya pemelukan Agama Islam anak-anak yang masing-masing sekarang berumur 20, 19 dan 8 tahun oleh si bapa yang memeluk Islam telah dibatalkan oleh mahkamah tertinggi negara ini.
Saya percaya keputusan tersebut tidak memberi kesan kepada anak yang sudah dewasa. Pilihan sekarang di tangan mereka sama ada mahu kekal atau tukar. Anak yang berumur 8 tahun sekarang apa agamanya?
Implikasi keputusan tersebut juga menyebabkan pada hadapan kita terdapat dua versi interpretasi terhadap Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama bagi anak di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. 
Bermaksud apabila mana di hadapkan dengan kes-kes yang sama, hakim-hakim dalam negara ini bebas mengikut mana-mana versi tersebut sehinggalah apabila mana kerajaan memuktamadkan versi yang dipilih oleh kerajaan ke dalam akta. Sehingga ke hari ini kerajaan belum memuktamadkannya. Cubaan terakhir adalah pada cadangan terhadap Akta 164 yang telah ditarik balik semasa sidang Parlimen yang lepas.
Mengikut laporan media Kerajaan Barisan Nasional sedia memasukkan peruntukan tersebut ke dalam Akta 164. Iaitu selepas mereka memenangi semula pilihanraya ke-14. Sedangkan mereka tahu majoriti umat Islam tidak bersetuju dengan cadangan yang bercanggah dengan pandangan jumhur ulama itu.
Justeru tidak ada pilihan lain kecuali kita meramaikan Ahli Parlimen PAS yang sentiasa konsisten dalam isu tersebut. Ahli Parlimen PAS telah berbahas secara terbuka di Parlimen berhadapan dengan semua yang menentang biar pun tinggal beberapa belas ahli Parlimen sahaja di dalam Parlimen.
Tentu sahaja dapat dibayang, apabila Ahli Parlimen PAS menguasai majoriti. Tentu sahaja kerajaan dapat memuktamadkan undang-undang yang selaras dengan kehendak agama.
Tidak dapat tidak, umat Islam perlu bersatu dalam menunjukkan kesatuan dalam menolak kemunculan semula seksyen 88A dengan mengundi ahli Parlimen yang berfikir mengikut kaca mata Islam.
NIK BAHRUM NIK ABDULLAH
Pengerusi 
Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
PAS Negeri Kelantan
HARAKAH 29/01/2018

8 comments:

Anonymous said...

Seluruh umat Islam, badan2 Islam bersedih termasuk saya KECUALI PAN (Termasuk Ikran)

Mengapa PAN tak sedih. Kerana DAP mahu hak untuk orang Islam Murtad. PAN adalah khadam manakal tuan besar mereka adalah DAP

----------------------------------------


http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/


Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.


Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2018/01/30/sedih-bila-anak-sudah-islam-tetapi-undang-undang-paksa-murtad/

‘Sedih Bila Anak Sudah Islam, Tetapi Undang-Undang Paksa Murtad’
Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam tidak sah dan batal, memberi kesan besar kepada kehidupan beragama mereka selepas ini.

Mengakui terkejut dengan keputusan itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, sesuatu perlu dilakukan termasuk penggubalan segera undang-undang melindungi kanak-kanak yang sudah memeluk Islam.

“Berita ini sangat menyedihkan seluruh umat Islam. Walaupun tiga kanak-kanak itu telah Islam, tetapi mereka terpaksa murtad mengikut agama ibu kerana akur dengan keputusan mahkamah.

“Sedangkan jika menurut Islam, kanak-kanak bawah agama adalah mengikut agama ibu atau bapanya yang Islam. Jadi ini jelas bercanggah dengan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, yang memutuskan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Ketika mereka diislamkan pada 2009, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.

Aminuddin yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah berkata, meskipun keputusan mahkamah perlu dihormati semua pihak, namun ia seolah-oleh bercanggah dengan hukum Islam.

“Bukan saja ia mencabar umat Islam, malah ia mencabar kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja yang bertangunggjawab kepada agama Islam dan pengikutnya,” katanya.

Anonymous said...

Tengok PAS, Isma dan NGO2 Melayu dan Islam semua sedih.

Tetapi bagi PAN, demi mendapat barakah DAP. PAN sedih sebab cukai arak tinggi dan sedih sebab peminum arak kena bayar mahal.

Itulah PAN yg berpaksi kepada DAP

------------------------------------------------

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/


PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum

ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.
Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.

“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,” katanya yang dipetik Free Malaysian Today.

“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,” tambahnya lagi.

Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.

Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.

Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.

Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.

Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosa”, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

PAN MEMBISU DALAM ISU INI KERANA TAKUT KEHILANGAN BARAKAH PALSU DAP. PAN LEBIH GEMAR BERBICARA PASAL HAK ATHEIST DARIPADA HAK ANAK MAULLAF.

INILAH PAN. KERANA BERKAWAN DENGAN ABU JAHAL PENANG. ISU INI DILUPAKAN. ADAKAH BAGI PAN, ATHEIST ITU MEMBAWA BERKAT ????????

SAY NO TO DAP SAY NO TO PAN SAY NO TO PH

---------------------------------------------

http://www.ismaweb.net/2017/11/29/apa-sudah-jadi-dengan-hanipa-maidin-pemimpin-parti-pan/

‘Apa Sudah Jadi Dengan Hanipa Maidin Pemimpin Parti PAN’

BANGI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – “Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?”

Demikian persoalan dilontarkan Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berikutan kontroversi pemimpin parti PAN yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berhubung isu membela ateisme.

Beliau turut berasa hairan dengan pendirian Hanipa sebelum ini, terutama ketika berada di dalam PAS, yang begitu lantang memperjuangkan hukuman bunuh ke atas umat Islam yang murtad.

Bagi, Dr Kamarul, Hanipa kini bukan sahaja tidak lagi berani memperkatakan mengenai kemurtadan anak muda Melayu atau penyebaran ateisme di kalangan mereka, malah mengatakan ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hujah bahawa ateisme dilindungi Perlembagaan Malaysia adalah menyimpang daripada fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana seorang peguam berpengalaman seperti Hanipa Maidin, yang sebelum menyertai PAN dahulu selalunya akan mengalaskan pendapat perundangan beliau dengan bukti perundangan, gagal untuk melakukan perkara sama di dalam isu ini.

“Beliau bukan setakat gagal menjelaskan kenapa, menurut beliau, pandangan “ateisme bukan satu agama” adalah asing kepada idea perlindungan keperlembagaan, malah gagal menjelaskan kenapa ia adalah asing dengan konsep kebebasan beragama yang terkandung di dalam al-Qur’an.

“Sangat menyedihkan sekali jika perubahan sikap Hanipa Maidin ini adalah berpunca kerana mahu dilihat selari dengan pendirian pemimpin parti seperti DAP, atau semata-mata kerana mahu mengekalkan kerusi PAN yang dimenangi di atas tiket PAS, khususnya kerusi Parlimen Sepang,” katanya.

Mengimbau kembali suatu masa dahulu, Dr Kamarul berkata, ketika Hanipa masih berada di dalam PAS, beliau kelihatan sering mengalaskan hujah kenapa hukuman bunuh ke atas murtad di dalam Islam tidak bertentangan dengan kebebasan beragama dengan cara memberikan bukti seperti ayat al-Qur’an.

“Membaca tulisan Hanipa Maidin mengenai isu ateisme ini dan membandingkan tulisan ini dengan pelbagai tulisan beliau sewaktu masih berada di dalam PAS akan membuatkan kita di dalam kebingungan: Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?

“Hanipa Maidin bukan tidak tahu bahawa yang mula-mula membangkitkan isu ateisme ini ialah rakan beliau sendiri, iaitu Ketua AWAN PAN, Dr Siti Mariah Mahmud, yang meluahkan kegusaran masyarakat kerana kebanyakan yang terlibat dengannya adalah anak-anak muda Melayu.

“Apa pun, bagi saya, hujah Hanipa Maidin bahawa ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyimpang dari fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian,” katanya.

Anonymous said...

BAGI PAN, MEMPERJUANGKAN HAK2 PENGAMAL HUBUNGAN HAMPAS KUNYIT (LBGT) ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA MEMPERJUANGKAN HAK2 ANAK MUALLAF. ITU SEBAB MUJAHAT MENGAUM DALAM ISU INI DAN SENYAP MACAM KUMAN DALAM ISU ANAK MUALLAF INI

INI SEMUA UNTUK MENCARI BARAKAH PALSU ABUYA ABU JAHAL PENANG

https://www.ismaweb.net/2014/07/12/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang Atau Pembela LGBT?

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Kita sangat berharap agar Datuk Dr Mujahid jangan mudah terpengaruh dengan idea-idea Barat yang jelas bertentangan dengan Islam. LGBT sebagai satu jantina atau LGBT duduk di bawah kategori jantina ialah idea Barat. Ada sebab kenapa idea itu diasaskan dan diperjuangkan. Idea itu ternyata sekali bertentangan dengan Islam. Lalu kenapa Dr Mujahid sebagai seorang Islam malah seorang pejuang Islam sejati mesti menerima idea Barat yang bertentangan dengan Islam? Deen mereka untuk mereka dan deen kita untuk kita. Kita tidak mesti tunduk kepada idea songsang mereka jika benar kita mahu sebarkan Islam sebagai rahmat kepada mereka. Kitalah yang mesti menghalang kesalahan malah kefasadan mereka lalu membentangkan kebenaran Islam kepada mereka jika benar Islam itu rahmat untuk mereka.

Dr Mujahid sebagai seorang tokoh Islam yang hebat jangan terlalu lurus bendul menghadapi pencatur-pencatur agenda Barat yang jelas bertentangan Islam. Islam menyuruh kita bertoleransi dengan orang bukan Islam tetapi Islam tidak menyuruh kita menggadaikan prinsip dengan memaksa diri kita untuk menerima kebatilan yang kita tahu ia adalah batil dan salah di sisi Islam.

Anonymous said...

PAS menceduk di air keruh.

Ini lah satu sebab mengapa hudud dan kemudian RUU telah gagal. Berapa kali di ingatkan bahawa yang perlu diutamakan ialah perlaksanaan.

Ini salah satu dari halangan yang besar pertembungan Mahkamah Syariah dan sivil. Dan ianya bukan boleh di selesaikan dengan mengundi PAS.

Apakah PAS akan bentang dan walaupun ada bantahan, PAS akan guna kuasa meluluskan nya sepertimana banyak peraturan dan undang-undang yang diluluskan dengan mengguna kuasa. Pastinya Speaker PAS sama juga dengan Speaker UMNO..

Apa kah PAS tidak memikir akan risiko berlaku nya perkara yang tidak di ingini.

Cara Parti suci ini akan menutup terus hati penganut agama lain untuk mendekati Islam apabila mengenangkan kesukaran dan tekanan yang di hadapi oleh anak-anak. Mereka kira akan ambil tahu mengenai Islam apabila anak-anak telah mencapai umur 21 tahun.

Lebih baik keadaan sekarang. Sekurang-kurang nya dapat membantu si ayah seorang memeluk Islam dulu.

Kalau si ayah telah beranak memeluk Islam maka tidak mustahil pula si anak satu hari nanti akan memeluk Islam.

Apa pun kesimpulannya kita tolak Islam PAS..

Anonymous said...

PAN MEMBISU DALAM ISU INI KERANA TAKUT KEHILANGAN BARAKAH PALSU DAP. PAN LEBIH GEMAR BERBICARA PASAL HAK ATHEIST DARIPADA HAK ANAK MAULLAF.

INILAH PAN. KERANA BERKAWAN DENGAN ABU JAHAL PENANG. ISU INI DILUPAKAN. ADAKAH BAGI PAN, ATHEIST ITU MEMBAWA BERKAT ????????

SAY NO TO DAP SAY NO TO PAN SAY NO TO PH

Anonymous said...

Barua dedak 10:51 am ternakan parti kafir harbi BiaDap menyokong puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi memurtadkan kanak-kanak Islam. Tambahan pula loyar buruk gula garam adalah pemimpin BiaDap.

Maka tidak hairanlah barua buruk kepala ini sibuk menghina dan memfitnah parti Islam PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails