Friday, July 07, 2017

Turki Enggan Tutup Pangkalan Tentera Di Qatar.


ANKARA – Turki tidak akan menutup pangkalan tentera di Qatar, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan kepada agensi berita Pe­rancis semalam, menurut laporan Anadolu Agency di Turki.
Penutupan pangkalan itu hanya akan berlaku berdasarkan satu syarat, kata Erdogan kepada rangkaian televisyen France 24.
“Melainkan Qatar mahukannya (ditutup), kami tidak akan melakukannya,” kata Erdogan.
Satu perjanjian pertahanan yang dimeterai pada 2014 antara Ankara dan Doha memerlukan Turki mendirikan satu pangkalan di Qatar, sebagai memenuhi permintaan kerajaan Qatar.
Erdogan berkata, terma sama diutarakan kepada Arab Saudi untuk Turki membina sebuah pangkalan di negara berkenaan, namun Riyadh mahu masa untuk memikirkan mengenainya.
Pangkalan Turki di Qatar sudah dibina tetapi Arab Saudi kini mahu menghapuskan fasiliti tersebut.
“Jika Qatar ada (mengusulkan) permintaan seperti itu kepada kami, sudah pasti kami tidak akan berada di tempat di mana kami tidak diperlukan,” kata Erdogan.
“Mengapa mereka tidak meminta perkara sama untuk CENTCOM (Pusat Perintah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat)? Kerana Amerika juga mempunyai pangkalan di sana, Perancis juga mempunyai pangkalan di situ,” katanya lagi.
Erdogan berkata, pusat perintah Amerika itu bertanggungjawab terhadap rantau Asia Barat, Afrika Utara dan Asia Tengah.
“Kami kekal setia pada perjanjian bersama Qatar dan kami setia hingga akhirnya,” ujar beliau.
Satu senarai tuntutan oleh Arab Saudi dan sekutunya, termasuk menutup pangkalan Turki di Qatar, untuk memulihkan hubungan diplomatik bersama Qatar adalah tidak realistik terhadap kedaulatan negara, kata Erdogan. – Bernama
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Imej yang berkaitan

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails