Tuesday, July 04, 2017

Punca Pertembungan DAP/PAS Di PPinang.


Imej yang berkaitan
DAP suburkan ‘lubuk maksiat’ di Pulau Pinang
PERCAMBAHAN premis perjudian dan arak telah menjadi sebahagian pemandangan utama di Pulau Pinang. Ia berkembang subur di bawah Kerajaan DAP hingga diumpamakan ‘bagai cendawan selepas hujan’. Malah, kewujudan premis berkenaan didapati seiring dengan pembangunan yang semakin rancak di seluruh negeri itu.
Judi dan arak jugalah punca pertembungan panas antara PAS dengan DAP hingga membawa kepada pemecatan wakil PAS, Iszuree Ibrahim selaku Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Malah, berentetan hingga mengundang banyak tindakan angkuh DAP dalam Pakatan Rakyat yang berakhir putusnya hubungan bersama PAS.
Walaupun pernah disuarakan PAS bahawa percambahan kegiatan tersebut berpunca dari tunjang kapitalisme yang menjadi dasar dan pendekatan pemerintahan DAP, namun ia pantas ditepis Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Beliau sebaliknya membidas PAS supaya belajar memahami mengenai pentadbiran dan bidang kuasa negeri.
Guan Eng juga menyatakan bahawa lesen berkaitan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat dan hanya polis boleh mengambil tindakan penguatkuasaan. Beliau seakan cuba melepaskan diri dan membodohkan umum dengan reaksi seperti itu, sedangkan isu pertambahan tersebut langsung tidak dinafikannya.
Guan Eng sebenarnya bukan sahaja dilihat menyembunyikan fakta mengenai lesen premis yang berada dalam kuasa pihaknya, bahkan jelas sekali telah berbohong. Beliau seakan membayangkan bahawa isu judi dan arak di Pulau Pinang bukan disebabkan olehnya. Walhal, pihak beliau telah menjawab soalan berkaitan pada Sidang Dun Pulau Pinang.
Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dun Ketiga Belas yang bersidang pada 19 Mei 2014, Ahli Exco, Chow Kon Yeow telah menjawab bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan lesen premis setelah pemohon mendapat lesen dari Kementerian Kewangan.
Malah, dalam sidang yang lain, Kon Yeow pernah menjawab soalan bagi pihak Guan Eng bahawa terdapat 130 kasino siber tidak berlesen yang dikenalpasti. Turut dinyatakan adalah tindakan terhadap premis Pusat Hiburan Awam antaranya:
i. Mengeluarkan tawaran kompaun dan mengambil tindakan rampasan;
ii.Mengeluarkan surat amaran kepada pemilik lesen untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT;
iii. Membatalkan lesen premis dan lesen hiburan jika pemilik lesen masih gagal mematuhi syarat-syarat pelesenan;
iv.Menjalankan operasi bersama PDRM dan agensi-agensi berkaitan sekiranya melibatkan aktiviti perjudian dan kesalahan di bawah bidangkuasa jabatan berkenaan;
v.Menyita premis setelah didapati bersalah oleh Mahkamah.

Jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri melalui PBT mempunyai kuasa atas premis yang membawa maksud boleh mengadakan sebarang pemberian atau sekatan lesen, selain tindakan penguatkuasaan bersama pasukan polis. Malangnya, enakmen yang digubal tidak dijadikan kawalan, sebaliknya ‘kesempatan’.
Enakmen berkaitan yang diwartakan telah digunakan untuk membanyakkan lagi premis judi dan arak serta pusat maksiat berkaitan. Ini tidak termasuk yang menjalankan aktiviti tanpa lesen yang berselindung disebalik perniagaan tertentu. Malah, berdasarkan ‘tabiat’ yang boleh difahami, tempat seperti ini juga menyembunyikan banyak kegiatan haram lain.
Amat dicurigai di tempat-tempat ini bersarangnya pelacuran, dadah, gangsterisme serta pelbagai jenayah. Malah, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi turut melontarkan kenyataan yang mengundang skeptikal bahawa beliau bimbang tauke judi membiayai parti politik di negeri itu.Parti manakah yang kebarangkalian dilihat hampir dengan durjana disebut Zahid itu?
Namun, pemerhatian yang dilakukan mendapati, susulan kenyataan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengenai isu ini pada 10 Jun dan diikuti arahan Zahid untuk polis memerangi kegiatan tersebut, tiba-tiba semua premis tidak berlesen membekukan kegiatan mereka di seluruh negeri itu. Siapakah ‘Abang Besar’ yang berpengaruh mengadakan kawalan serentak atas semua itu? – HARAKAHDAILY 3/7/2017
Hasil carian imej untuk judi dan arak p.pinang
Kerajaan selepas merdeka telah memberikan tanah di Selangor dalam bentuk sewa pajak kepada Carlsberg untuk operasi kilang dan perniagaan arak. Dalam hal 'lubuk maksiat' sama saja UMNO/DAP.

Imej yang berkaitan
Ada yang memberi komen..
Apa PAS boleh buat? Apa PAS boleh bagi pandangan pada DAP tentang adap di kolam renang. PAS Pulau Pinang penakut. Zaman UMNO macam-macam mereka tuduh.

Jawapannya..
 Berilah undi pada PAS untuk seluruh Malaysia. Beri UMNO pegang Malaysia pun, jadi macam sekarang UMNO tak mampu buat apa-apa. Lihat PAS baru perintah Kelantan, maksiat sudah mula bersih. Belum lagi menguasai Malaysia sepenuhnya..

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

10 comments:

Anonymous said...

Pergilah belajar dan hadam betul-betul Akta Kerajaan Tempatan dan pihak manakah yang mengeluarkan lesen perniagaan minuman keras terlebih dahulu, sebelum mengulas mengenai perniagaan tersebut. Walaupun aku memang tidak setuju dengan perniagaan minuman keras, judi serta hiburan, tetapi ada akta yang telah diluluskan oleh parlimen dan ia diluar bidang kuasa kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan untuk menongkah arus. Mana-mana kerajaan negeri atau kerajaan tempatan adalah tertakluk kepada akta-akta berkait. Aku cadangkan kamu sarankan kepada presiden parti kamu itu untuk membawa usul meminda akta tersebut di parlimen, selain dari akta RUU355 yang masih belum berjaya dibahas pun, apatah lagi hukuman hudud!

Quantum Metal Consultant said...

Kelulusan premise atau lesen menjalankan pwrniagaan di premise tersebut tertakluk juga kepada kelulusan pihak polis, bomba dan kementerian kesihatan.

Jika ada bantahan dan larangan, PBT terbabit tidak akan meluluskan.

Tanpa sijil kelulusan dari Kementerian Kewangan dan SSM, permohonan menduduki premise TIDAK AKAN DI proses.

Anonymous said...



Jawapan untuk anon 5:33 AM:

Jangan menutup keburukan rejim roket yang kamu puja itu !

FAKTA:

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkuasa mengeluarkan lesen premis judi dan arak dll setelah pemohon mendapat lesen dari Kementerian Kewangan.

Jika PBT enggan mengeluarkan lesen premis judi dan arak dll , maka premis-premis judi dan arak dll tidak boleh beroperasi. Jika wujud terlampau banyak premis judi, arak dll, bererti sama ada premis tersebut mendapat lesen premis judi, arak dll dari PBT atau premis tersebut tidak berlesen beroprasi secara haram.

Jika premis tersebut tidak berlesen, mengapa PBT tidak bertindak menutup premis tersebut?

Ini bererti rejim roket bertanggung-jawab terhadap kegiatan maksiat jika terlampau banyak premis judi, premis menjual arak dll di negeri yang diperintah oleh rejim roket melalui pengeluaran lesen premis atau membiarkan premis beroperasi secara haram!

Anonymous said...

Buat anon 5:35PM 04/07/2017, bagi mereka yang telah memiliki lesen untuk menjalan perniagaan berunsur minuman keras, judi dan pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan, adalah tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang negara untuk mereka menjalankan operasi perniagaan mereka. Ini bukannya untuk menyokong mana-mana perjuangan parti sama ada DAP mahupun MCA dan Gerakan atau mana-mana parti lain, sepertimana tuduhan anda yang jelas berbaur kebodohan itu. PBT hanya diberi kuasa untuk meluluskan permit premis yang akan digunakan DAN jika tiada sebarang isu seperti contohnya premis itu bersebelahan dengan masjid, surau dan seumpamanya, maka apakah alasan untuk tidak meluluskan permit premis tersebut? Ingat, mereka telah memiliki lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan dan sebarang alasan yang tidak kukuh untuk menidakkan kelulusan permit premis, akan memberi ruang kepada mereka mengambil tindakan undang-undang pula terhadap PBT berkenaan. Tidak seperti pusat pelacuran, tiada sebarang lesen dikeluarkan untuk menjalankan operasi itu oleh mana-mana pihak berkuasa dan begitu juga PBT pun tidak pernah meluluskan permit mana-mana premis untuk aktiviti pelacuran. Sebab itulah aku cadangkan kamu sarankan kepada presiden parti kamu itu untuk membawa usul meminda akta tersebut di parlimen, ada faham ka? Sila hadam lagi!

Anonymous said...

Buat anon July 5, 2017 at 2:53 AM,

Komen kamu jelas berbaur kebodohan. Jika PBT enggan mengeluarkan lesen premis judi, arak dll, maka premis judi, arak dll tidak boleh beroperasi! Jika PBT bebas mengeluarkan lesen premis judi, arak, hiburan dll tanpa sebarang kuota, maka pusat premis judi, arak, hiburan dll akan tumbuh seperti cendawan dan pusat-pusat hiburan ini biasanya mempunyai kaitan dengan pelacuran maka rejim roket tetap bersalah dalam kes ini.

Ini jelas menunjukkan hujah kamu dalam komen 2:53 AM adalah tidak rasional dan berbaur kebodohan ! Ada faham ka? Sila hadam lagi!

Anonymous said...

Buat anon 9:13AM 05/07/2017

Betapa jelas kamu itu bodoh dari segi perundangan dan pelaksanaan akta negara ini. Telah aku katakan aku memang tidak setuju dengan perniagaan minuman keras, judi serta hiburan, tetapi ada akta yang telah diluluskan oleh parlimen dan ia diluar bidang kuasa kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan untuk menongkah arus. Bukan boleh suka-suka saja untuk tidak memberi kelulusan permit kepada premis yang hendak digunakan untuk menjalankan operasi perniagaan itu. Ia tertakluk kepada undang-undang dan pelbagai akta. Seperti di Kelantan dan Terengganu PBT memang ada alasan untuk tidak memberikan kelulusan permit premis disebabkan hampir keseluruhan negeri itu di mana-mana kawasan ia diduduki oleh majoriti melayu islam, sedangkan situasi sebegitu tidak di negeri-negeri lain. Sekiranya berfikir seperti katak di bawah tempurung, maka jawapan seperti yang kamu berikan itu adalah munasabah. Jika ditakdirkan Hadi Awang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, adalah mustahil baginya untuk melaksanakan cadangan bodoh kamu itu, melainkan akta yang berkuatkuasa sekarang ini dipinda dan diluluskan di parlimen terlebih dahulu. Kalau bodoh tu, janganlah ditunjukkan sokmo.

Anonymous said...

Buat anon July 6, 2017 at 2:54 AM

Kamu boleh tulis komen berbelit-belit untuk membela perniagaan minuman keras, judi serta hiburan dll yang menunjukkan kebodohan bertingkat kamu sendiri.

Jika PBT di Kelantan dan Terengganu boleh menghadkan bilangan premis perniagaan minuman keras, judi serta hiburan dll, mengapa PBT di negeri lain tidak mahu menghadkan bilangan premis tersebut?

Jika PBT memberikan lesen tanpa sebarang kuota kepada semua premis perniagaan minuman keras, judi serta hiburan dll dengan alasan pemohon telah mendapat lesen dari Kementerian Kewangan, pemberian lesen premis tanpa had ini akan menyebabkan perniagaan minuman keras, judi serta hiburan dll akan tumbuh seperti cendawan.

Bilangan premis maksiat yang terlampau banyak akan menyumbang kepada peningkatan gangsterisme, pelacuran, keruntuhan akhlak, aktiviti ceti haram, keganasan domestik, keruntuhan rumahtangga, kemiskinan, penagihan arak, dadah dll.

Simpanlah kebodohan bertingkat kamu, janganlah ditunjukkan sokmo sebab boleh memalukan tentera kacang merah (RBA) yang diternak sifu roket!

Anonymous said...

Buat anon 10.59PM 06/07/2017

Memang ternampak jelas kebodohan kamu, sila buktikan dimanakah di kawasan negeri lain selain Kelantan dan Terengganu terdapatnya premis perniagaan judi, arak dan pusat hiburan di kawasan penempatan majoriti melayu yang telah diberikan kelulusan permit seperti tuduhan kamu itu. Disebabkan kamu sendiri yang kata ia tumbuh seperti cendawan, sila berikan 10 (sepuluh) buah alamat premis itu di Pulau Pinang sahaja. Berikan nama dan alamat premis yang dimaksudkan dengan lengkap, tapi barang harus diingat, premis itu mestilah berada di kawasan yang penduduk majoritinya adalah melayu islam. Jika kamu tidak dapat memberikan jawapan yang tepat, maka kamu telahpun membuktikan kejahilan kamu sendiri akan urustadbir berteraskan akta dan perundangan serta suka membuat tuduhan fitnah sama seperti presiden kesayangan kamu itu. Aku cabar kamu, berikan 10 alamat premis seperti yang aku nyatakan itu. Bukannya susah sangat pun, sebab ia tumbuh sebagai cendawan seperti yang kamu kata, tentulah ada beratus-ratus malah mungkin ribuan jumlahnya tapi aku hanya minta hanya 10 sahaja, boleh??? Jika gagal, selayaknya tuduhan itu hanyalah bertaraf salakan anjing sahaja.

Anonymous said...

Jelas komen-komen kamu anon 2:16 AM telah menyokong dakwaan aku:

(1) bahawa banyak premis perniagaan judi, arak dan pusat hiburan wujud di negeri yang ditadbir oleh rejim roket !!!!

(2) PBT di negeri majoriti Melayu telah menghadkan bilangan premis perniagaan judi, arak dan pusat hiburan di kawasan penempatan ke peringkat minimun.

Ini bererti PBT di negeri majoriti Melayu adalah jauh lebih baik dari PBT yang dikuasai oleh rejim roket yang menggalakkan pelbagai aktiviti maksiat yang tidak bermoral!

Oleh sebab komen-komen kamu telah menyokong dakwaan aku, maka setakat ini sajalah kita berbahas. Terima kasih.

Komen-komen kamu yang berbelit-belit untuk menyokong rejim roket hanyalah bertaraf salakan anjing sahaja !


Anonymous said...

Anon 12:33PM, jangankan boleh paparkan senarai alamat 10 buah premis, satu pun kamu tidak mampu berikan, bukankah kamu sendiri kata ia tumbuh seperti cendawan, tentu ada banyak dan tak kanlah 10 pun kamu tak boleh nak senaraikan? Kah kah kah...exactly udah macam anjing gila menyalak kamu tu. Selagi kamu tidak memaparkan senarai alamat 10 buah premis yang aku minta itu, maka selagi itulah kamu aku anggap hanyalah menyalak tidak ubah seperti anjing. Adios!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails