Tuesday, July 04, 2017

Lagi Rasuah RM700 MMT PDRM, RM32,000 Dalam Tin Biskut

 ANGGOTA SPRM mengiringi seorang Penolong Jurutera Mekanikal (tengah) Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar yang ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor dan pembekal maktab itu di rumahnya di Merlimau, Melaka semalam.




JOHOR BAHRU – Seorang Penolong Jurutera Mekanikal Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM700,000 daripada kontraktor dan pembekal maktab berkenaan.
Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Merlimau, Melaka pada pukul 6.30 pagi semalam.
Penahanan lelaki itu bertujuan untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan berhubung penyelewengan dalam tender kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di maktab terbabit.
Menurut sumber, hasil siasatan mendapati lelaki itu disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah daripada kontraktor terbabit sebagai upah untuk mendapatkan kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di maktab itu.
Beliau berkata, kes rasuah membabitkan lelaki itu dipercayai bermula antara tahun 2014 sehingga 2016.
“Dalam serbuan yang dibuat di rumah penolong jurutera itu, pasukan penyiasat menjumpai wang tunai kira-kira RM32,000 yang disembunyikan di dalam tin biskut.


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails