Saturday, July 08, 2017

Tun Dr. M Nafikan Sokong Datuk Seri Anwar Calon PM..


KUALA LUMPUR  – Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menafikan beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sebagaimana dilaporkan oleh The Guardian.
Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya menegaskan Anwar tidak boleh menjadi pemimpin negara kerana tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.
“Siapa kata saya sokong, kita bincang struktur parti. Beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri sehingga pakatan pembangkang melantik seorang Perdana Menteri sementara sekiranya menang untuk membebaskannya, sehingga itu berlaku, beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri.
“Perlu ada Perdana Menteri sementara, kalau tidak, beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri sebab tidak boleh bertanding,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran buku bertajuk ‘A Driver’s Son’ oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
The Guardian dalam temu bual dengan Mahathir ketika lawatan beliau ke London baru-baru ini melaporkan Pengerusi PPBM itu menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja. – UTUSAN


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

1 comment:

Unknown said...

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/05/23/a-glimpse-into-sapura-chairmans-success/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails