Saturday, July 08, 2017

Puteri &Menantu Dr Yusuf Qardhawi Ditangkap Dituduh Pengganas.

Mesir Tangkap Putri dan Menantu Syeikh Yusuf al-Qaradhawi Menantu Syeikh Al Qaradhawi, Hossam Khalaf dan isterinya. Gambar bawah Syeikh Al Qaradhawi.

Hasil carian imej untuk yusuf qardhawi
Puteri dan menantu ulama Ketua Persatuan Ulama Muslim Se Dunia Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ditangkap oleh pasukan kemanan Mesir di Bandar Alexandria.

Pernyataan dari pejabat pendakwa mengatakan puteri al-Qaradhawi dan suaminya, Hossam Khalaf, ditangkap dengan tuduhan menjadi anggota Ikhwanul Muslimin, organisasi yang disebut kerajaan Mesir sebagai kumpulan "pengganas."

Peguam keluarga Ahmad Ebu Ala Madi berkata pasangan itu ditangkap pada 23 Jun berhampiran Sahel Al Shamali ketika cuti Aidilfitri. Kenyataan itu berkata mereka akan dibebaskan selepas ditahan selama 15 hari.

Mereka didakwa "tidak mengikut perlembagaan dan kedaulatan undang-undang", "membahayakan persatuan dan kedamaian nasional" dan "mengancam keselamatan masyarakat".

Kenyataan itu juga menambah bahawa Ola mempunyai kewarganegaraan ganda Mesir dan Qatar, dan bekerja untuk kedutaan Qatar di Kaherah.

Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab dalam kenyataan bersama mereka bulan lalu menuduh 59 individu dan 12 badan amal di Qatar mempunyai "hubungan dengan keganasan," media tempatan melaporkan. Di dalamnya termasuk Yusuf al-Qaradhawi dan Abdullah bin Khalid, seorang bekas Menteri Dalam Negeri Qatar.

Qatar menafikan perkara itu dalam kenyataan mereka, menyebut tuduhan-tuduhan itu "tidak berasas" dan "fitnah". (IH/Hidayatullah)

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails