Wednesday, July 05, 2017

Konsert Tanpa Muzik Bertali Anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar M'sia.

Artis Popular Konsert Tanpa Muzik Tali Pertama Dunia


HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR – Buat julung kali dalam sejarah arena hiburan antarabangsa, Malaysia bakal menganjurkan konsert tanpa muzik bertali 1st World Sama’ Fest di Putrajaya akhir bulan ini.

Acara unik tersebut yang diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi sendiri akan diadakan eksklusif di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 28 Julai ini.
Menurut laporan media, konsert tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) dan direalisasikan barisan artis popular tanah air terdiri daripada kumpulan Raihan, Datuk Hattan dan Datuk Nash.
Turut menjayakan program konsert itu nanti ialah pelakon Johan As’ari. Sesuai dengan suasana imej dan konsep persembahan, tiada artis wanita yang diundang untuk menjayakan konsert 1st World Sama’ Fest tersebut.
Pada majlis sidang akhbar bagi memaklumkan konsert berkenaan, Setiausaha Kehormat PERTAMA, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata, komponen hiburan dalam Islam yang ditampilkan turut merangkumi marhaban.
Artis Popular Jayakan Konsert Tanpa Muzik Tali Pertama Dunia
“Ini adalah satu usaha ke arah mencetuskan kembali peradaban Islam sejajar dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri yang membayangkan pada tahun 2050 kelak, peradaban Islam menjadi peradaban dunia,” katanya.
Sheikh Abdul Kareem juga menegaskan bahawa, untuk persembahan kali pertama pada 28 Julai nanti, ia bakal dilaksanakan dengan sepenuhnya mengikut hukum Islam termasuk kedudukan penonton yang berlainan jantina.
Selain daripada beberapa artis popular Malaysia, turut menjayakan konsert tersebut ialah artis luar dari Turki, Syria, Amerika Syarikat, Pakistan dan Maghribi yang terkenal menerusi lagu berkonsepkan kerohanian Islam.
Bagi mereka yang berminat hendak mendapatkan tiket konsert bertemakan ‘Bersatu Dalam Cinta’ itu dijual pada harga dari RM89 hingga RM489, boleh segera melayariwww.tickethotline.com.my. – Agensi
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails