Wednesday, June 14, 2017

Zahid Arah Polis PP Perangi Judi Habis-habisan. Hi Hi Hi 2x5..


BALIK PULAU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian yang disifatkannya sebagai semakin serius di negeri itu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mahu mereka yang terlibat dalam kegiatan itu terutama dalangnya ditangkap dan didakwa di mahkamah.
“Mulai hari ini, saya arahkan ketua polis negeri (banteras judi). Saya tidak mahu lagi ada laporan ‘kingpin’ (dalang) terdiri daripada tauke besar (ada) di Pulau Pinang.
“Jangan khuatir, jangan takut. Kami di Bukit Aman, KDN (Kementerian Dalam Negeri) akan berada di belakang polis (Pulau Pinang) untuk beri sokongan kuat (hapuskan judi),” katanya berucap pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni Ramadan Kementerian Dalam Negeri di Masjid Daerah Barat Daya di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis negeri Datuk Chuah Ghee Lye serta pegawai-pegawai kanan Bukit Aman dan kontinjen negeri.
Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Ahmad Zahid berkata jika kegiatan judi tidak dihapuskan sepenuhnya, beliau khuatir ada sindiket yang akan menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti-parti politik, terutama semasa pilihan raya umum.
“Ini bukan tuduhan, cuma dikhuatiri (berlaku pembiayaan parti politik),” katanya.
Selain itu katanya beliau juga tidak mahu masyarakat di Pulau Pinang menjadi mangsa berikutan perjudian merupakan masalah paling tinggi di negeri tersebut.
“Saya bersimpati dengan mereka yang menjadi mangsa judi,” katanya.
Sehubungan itu Ahmad Zahid mahu usaha membanteras kegiatan jenayah terutama perjudian dijadikan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) polis kontinjen Pulau Pinang.
“Setakat ini saya puas hati dengan kerja Datuk Chuah kerana jenayah indeks turun,” katanya.
Menyentuh mengenai politik negeri itu, Naib Presiden UMNO berkenaan berharap satu perubahan besar berlaku pada masa depan.
” …sesuatu yang drastik boleh berlaku jika kita bekerja lebih kuat,” katanya. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bab judi, sama saja kerajaan Pusat BN/UMNO dengan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang. 2x5.. kecuali Kelantan. Kerajaan Pusat patut belajar dari Kelantan mengenai penghapuan judi. Rakyat Malaysia kalau tak mahu judi termasuk yang bukan Islam, sila undi PAS.
Hasil carian imej untuk undilah pas

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, 
Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

4 comments:

Anonymous said...

KITA UMAT ISLAM AMAT BERSETUJU DENGAN PENDAPAT TUAN IBNU HASYIM:

Bab judi, sama saja kerajaan Pusat BN/UMNO dengan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang. 2x5.. kecuali Kelantan. Kerajaan Pusat patut belajar dari Kelantan mengenai penghapusan judi. Rakyat Malaysia kalau tak mahu judi termasuk yang bukan Islam, sila undi PAS.

Puak-puak pemakan dedak kafir harbi sahaja yang menyokong kafir harbi membela kemungkaran dan kesesatan di negara ini ! Adakah puak-puak dungu ini telah lupa bahawa Islam adalah agama Persekutuan Malaysia berdasarkan Perkara 3(1)?

Anonymous said...

Setuju. Puak penjilat DAP memang begitu. Teruskan dakwah pak ibnu hasyim.

Anonymous said...

Kerajaan PAS pun dapat saham dari dosa perjudian ini kerana pemimpin PAS menyokong kerajaan UMNO.Ini belum lagi masuk rasuah dan makan duit rakyat.

Anonymous said...

SEPATUTNYA ARAHKAN SEMUA KETUA POLIS SETIAP NEGERI DIMALAYSIA MENGAMBIL TINDAKAN DAN MEMBENTERAS PERJUDIAN,JANGAN ADA YANG TERKECUALI, SETIAP BULAN MINTA MEREKA LAPOR DAN SIARKAN APA HASIL TINDAKAN MEREKA, BARULAH BERKESAN, SETAKAT ARAH SAHAJA TIDAK BERMAKNA, INGATLAH DIKOLAM PUSAT JANA KUASAPUN ADA BUAYA, IKAN PULA DI AIR TENANG, TAMBAH LAGI DI SUNGAI REJANG

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails