Sunday, June 11, 2017

Terbongkar Lagi Kumpulan Pemfitnah PAS Ini..



LIHAT Berita ini..

Hari ini lebai dapati Malaysiakini menyiarkan surat muhajir (berpindah) yang kononnya didakwa dibuat bagi memastikan kemenangan PAS di parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Surat bertarikh 25 Mei itu ditandatangani oleh Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam kononnya dikeluarkan kepada ahli-ahli PAS. 

Hebat kerja mereka untuk membina persepsi buruk kepada PAS. Kenapa lebai kata begitu? Apa hujah lebai?

1.  Surat ini Malaysiakini lebih awal mengeluarkannya sedang tidak terdapat viral di "whatsapp panas" dan facebook. Soalan daripada mana Malaysiakini dapatkannya? Kita sudah maklum sebelum ini Malaysiakini anti-Islam dan memang anti PAS. Mereka pernah berpesta arak bila kerajaan PAS Terengganu tumbang oleh BN seperti yang didedahkan oleh Fathil Aris Omar editor Bahasa Malaysiakini.

2.  PAS tak pernah setahu lebai mengeluarkan surat umum kepada ahli-ahlinya. Surat ahli biasanya melalui cawangan atas nama Ketua atau Setiuasaha Cawangan. Prosedur surat berkenaan telah bercanggah dnegan amalan surat biasa diamalkan oleh PAS. Lagi pun takkan surat strategi politik boleh dibuat secara umum. Orang bodoh tak buat begitu.

3.  Warna cap logo PAS yang dipaparkan melalui surat berkenaan sama dengan kecerahan warnaletterhead PAS hijau yang tak mungkin berlaku. Pada mana-mana surat yang dikeluarkan oleh PAS walaupun dalam format PDF atau pun "printed JPG". Jika anda mahir Adobe Photoshop yang membuat pencerahan kepada pixel warna anda akan dapati HEX warna pada surat berkenaan sama dengan HEX warna pada 'letterhead' dengan jelas ini adalah bikinan bodoh puak-puak PAKATAN HARAPAN untuk buat kerja jahat kepada PAS. Apa lagi blogger, facebooker pun serang PAS dengan pelbagai tuduhan.

Nama-nama yang makan gaji buat kerja jahat untuk PAS pun seronaklah menghentam PAS dengan pelbagai tuduhan. Ini antara mereka yang dikenalpasti.

1. Mukhlis Eddie
2. Ada Ada Aje
3. Roslan Bin Ahmad
4. Hussin
5. Adili Isme
6. شربان سربيني
7. Faizul Izani
8. Awang
9 . Ray Hunter   (ini DAP bayar)
10. Awang Al Kenit
11.Halim Md Noh
12.Wan Mohd Aman
13. Muhammad Radzi Ismail
14. Ija Deeja 
15. Osman Ahmad
16. Zailan Ismail
17.Dima Ahmy
18. Hadi Anakwang
19. Othman Don
20. Ustaz Sepatu Al Gombaki
21. Amin Cilik
22. Wan Mohd Yusof
23. Nur Aulia Abdullah



4.  Kenapa keadah mujahir yang dilampirkan tidak disebarkan? Kalau ikut surat berkenaan dilampirkan sekali? PAS setakat ini belum pernah menggunakan istilah MUJAHIR. Setahu lebai mujahir adalah istilah yang digunakan oleh AMANAH (PAN) yang diperkenalkan oleh Dr. Hatta Mohd Ramli dalam taklimatnya di Kelantan 19 Februari 2017. Dalam ucapan tersebuit Dr Hatta Ramli berucap selama 54 minit. 

PAS menggunakan perkataan pengundi hantu dengan 3 kod huruf yang yang mewakili 3 kategori untuk sistem culaannya yang lebai rasa lebai takkan perincikan dalam artikel ini.

Henntilah buat kerja bodoh

Lebai harapan Pakatan Harapan dan penyokongnya hentilah buat kerja bodoh menyerang pas dengan teknik persepsi buruk dan "character assassination". Jika mereka menyerang PAS, sudah pasti ahli-ahli PAS akan bertindak balas dengan mendedahkan keburukan Pakatan Harapan. Malah akan ada pimpinan Pakatan Harapan dibogelkan kesalahan mereka. Perkara ini tidak akan menguntungkan Pakatan Harapan. Yang untung sudah pasti UMNO/BN. Mereka bertepuk tangan kerana kebodoh Pakatan Harapan.

Oleh itu fokuslah kepada UMNO/BN. Hala tuju senjata anda kepada UMNO/BN. Berhentilah buat kerja bodoh.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails