Monday, June 12, 2017

PAS AkanLletak Calon Bukan Islam Di Pujut.


KUCHING: PAS Sarawak berhasrat meletakkan calon bukan Islam jika pucuk pimpinan pusat parti itu memutuskan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut. 

Ketua Penerangannya, Mohammad Afiq Mhd Khazar berkata, PAS Sarawak sudah menyenarai pendek beberapa calon berpotensi termasuk bukan Islam dari kelab penyokong parti. 

"Kita (PAS Sarawak) mahu menawarkan calon terbaik untuk PRK Pujut dan jentera pilihan raya kita sudah bersedia untuk menghadapinya. 
"Jika pimpinan pusat membuat keputusan untuk bertanding, kami sudah ada calon untuk ditampilkan," katanya. 

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) tahun lalu, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee bertanding di kawasan Pujut. Beliau hanya memperoleh 413 undi berbanding calon DAP, Dr Ting Tiong Choon, yang mendapat 8,899 undi dan memenangi kerusi itu. 

Pesaing lain ialah calon langsung Barisan Nasional (BN), Datuk Hii King Chiong dan calon BEBAS, Fong Pau Teck, yang masing-masing mendapat 7,140 undi dan 375 undi. Mengenai peluang mereka untuk meraih undi pada PRK Pujut yang dijadual diadakan pada 4 Julai depan, Afiq berkata parti itu juga yakin mampu memberi cabaran walaupun mereka mendapat kurang daripada 500 undi pada PRN-11. 

"PRN-11 tahun lalu pertama kami bertanding di kerusi majoriti Cina di Pujut. Walaupun kita meletakkan calon Melayu, PAS mampu mendapat undi yang menggalakkan. 

"Kini terdapat perkembangan baharu dalam masyarakat Cina di Pujut apabila ramai yang sudah bosan dengan DAP dan mungkin mempunyai sentimen yang sama terhadap BN," katanya.  (BH)

Muslimat PAS Cawangan Kunak tidak ketinggalan dalam menyertai Impian Ramadan..

KUNAK;  10 Jun - Muslimat PAS Cawangan Kunak tidak ketinggalan dalam menyertai Impian Ramadan 6.0 pada pagi Sabtu yang lalu.
Diketuai oleh Puan Maimunah Mahmud selaku Ketua Muslimat PAS Cawangan Kunak, sebanyak 12 kampit beras bersama pelbagai barang keperluan dapur telah disumbangkan kepada warga kampung yang memerlukan khususnya Kampung Pangi, Kampung Sungai Langgas, Kampung Jaya Baru dan Simpang Empat, Kunak. Edaran selesai dilaksanakan pada jam dua petang.

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails