Friday, June 16, 2017

Pertempuran Di Marawi Berterusan, Ratusan Maut.



KEPULAN asap daripada bangunan yang terbakar semasa tentera kerajaan bertempur dengan pemberontak Maute di bandar Marawi, selatan Filipina semalam.- REUTERS


MARAWI, Filipina – Seorang ahli politik Filipina berkata semalam bahawa penduduk yang melarikan diri dari bandar Marawi melihat beratus-ratus mayat di sebuah kawasan di mana pertempuran sengit antara pihak tentera dan kumpulan militan tercetus sejak tiga minggu lalu.
“Mereka melihat kira-kira 500 hingga 1,000 mayat,” kata ahli politik di kawasan itu, Zia Alonto Adiong yang membantu usaha menyelamat kepada pemberita.
Pihak tentera menyatakan, seramai 290 orang terbunuh dalam pertempuran selama tiga minggu itu termasuk 206 militan Maute, 58 askar dan 26 orang awam.
Menurut tentera, pihaknya juga menangkap seorang adik-beradik Maute semalam. Individu yang ditahan, Mohammad Noaim Maute merupakan anggota kanan kumpulan pemberontak Islam Maute yang disokong Daesh di selatan Filipina.
“Mohammad Noaim ditahan di sebuah pos pemeriksaan dekat bandar Cagayan de Oro sejurus selepas subuh,” kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Jo-Ar Herrera.
Dua adik-beradik Mohammad Noaim, Omarkhayam dan Abdullah mengetuai militan Maute yang menerajui pertempuran di bandar Marawi, Pulau Mindanao di selatan Filipina.
Marawi terletak kira-kira 100 kilometer dari Cagayan de Oro, namun tidak jelas sama ada Mohammad Noaim datang daripada bandar yang dikepung tersebut.
Kebanyakan daripada tujuh lagi adik-beradik Mohammad Noaim termasuk Omarkhayam dan Abdullah dipercayai masih berada di Marawi.
Kedua-dua ibu bapa mereka ditahan minggu lalu di sebuah bandar lain. – Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails