Wednesday, June 14, 2017

P/Pengarah Kanan JKR Pula Salah Guna Kuasa?



PEGAWAI SPRM membawa Azizan (kanan) keluar dari Mahkamah Seksyen Johor Bahru semalam selepas didakwa menyalah guna kuasa dengan melantik syarikat kontraktor milik abang kandungnya bagi melakukan kerja memotong rumput sekitar daerah Kulai, Ogos 2015.


JOHOR BAHRU – Seorang penolong pengarah kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan salah guna kuasa dengan melantik syarikat kontraktor milik abang kandungnya bagi melaksanakan kerja memotong rumput pada Ogos 2015.
Bagaimanapun, tertuduh, Azizan Mohamed Yasin, 38, yang didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika memegang jawatan sebagai jurutera JKR di daerah Kulai mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.
Mengikut pertuduhan, Azizan didakwa melantik Syarikat G Two Amiruddin Trading milik abang kandungnya, Azizi bagi melaksanakan kerja-kerja memotong rumput dan pembersihan di Jalan Pintas Sengkas-Felda Inas, Jalan Sengkang, Jalan Gunung Pulai dan Jalan Sedenak, Kulai membabitkan kos sebanyak RM19,750. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails