Sunday, June 11, 2017

Tamatkah Kepungan Bandar Marawi Bantuan Comando AS Esok? 13 Tentera Filipina Maut Lagi..

 KEHADIRAN pasukan tentera di pinggir bandar Marawi, selatan Filipina kelmarin.- AP

MANILA – Seramai 13 anggota marin Filipina maut dalam pertempuran di Marawi, kata seorang jurucakap tentera semalam. Perkembangan itu dilihat menggugat usaha Manila untuk menawan semula bandar itu daripada pemberontak Maute yang bersekutu dengan militan Daesh.
Kesemua 13 askar marin berkenaan terbunuh dalam pertempuran sengit kelmarin semasa mereka melakukan operasi membersihkan kedudukan musuh, kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Jo-Ar Herrera pada satu sidang akhbar.
Kematian mereka menjadikan angka korban pasukan keselamatan di Marawi, selatan Filipina meningkat kepada 58 orang di samping 20 penduduk awam dan lebih 100 pejuang pemberontak.
Pemberontak Maute terus menentang kemaraan tentera Filipina yang mempunyai senjata lebih kuat dan anggota lebih ramai daripada mereka.
Tentera Filipina menyatakan bahawa matlamat operasi di Marawi adalah untuk menamatkan kepungan ke atas bandar itu oleh pemberontak Islam Maute menjelang esok.
Dalam pada itu, unit komando Amerika Syarikat (AS) membantu tentera Filipina untuk menamatkan kepungan ke atas bandar tersebut, kata seorang jurucakap Kedutaan AS di Manila semalam
Sehingga kini, tiada pengesahan bahawa tentera AS membantu dalam perang di Marawi yang memasuki minggu ketiga.
Penglibatan tentera kuasa besar itu berlaku selepas hubungan dingin beberapa bulan antara AS dan Filipina akibat sikap bermusuhan Presiden Rodrigo Duterte terhadap Washington dan janjinya untuk mengusir askar AS yang sudah lama memberikan bantuan dan latihan.
“Atas permintaan kerajaan Filipina, unit khas AS kini membantu angkatan bersenjata Filipina dalam perang mereka terhadap kumpulan Maute di Marawi,” kata jurucakap tersebut. – AFP/Reuters
Bekas Pensyarah Malaysia Bakal Jadi Ketua IS Selatan Filipina?  Lihat ini..Dr Mahmud Bakal Pemimpin Negara Islam Selatan Filipina. 


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails