Thursday, June 15, 2017

Video: Benarkah Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam?


Video: Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam?

LABUAN – Sejak semalam, rakaman video seorang lelaki dibelasah bebarapa individu di tepi jalan dalam keadaan tanpa seurat benang menjadi tular di media sosial.

Mangsa yang dikenali sebagai James Hunt mendakwa dirinya dikejar dari Sekolah St. Anna dalam keadaan bogel sehingga dijatuhkan di hadapan Temple Sing, di sini.
“Saya dikejar dari sekolah dalam keadaan bogel, dipukul menggunakan kayu golf (besi) dan dipaksa meminta maaf dengan mencium kasut ketua mereka.
“Mereka telah memukul saya tanpa belas kasihan hanya kerana saya menegur dan menviralkan permasalahan yang berlaku di Labuan,” tulisnya di laman Facebook.

Namun apa yang berlaku kepada mangsa mungkin ada sebabnya. Berdasarkan maklumat netizen, James pernah memuat naik kenyataan yang kurang menyenangkan mengenai agama Islam dan turut mendakwa Perdana Menteri sebagai penyamun, perompak dan penipu.
Bagaimanapun, James menafikan dakwaan itu dan meminta netizen menunjukkan bukti dia berbuat demikian dan jika ada, dia bersedia untuk disaman di Mahkamah Sivil.
“Tunjuk bukti kalau saya mainkan agama dan saman saya di Mahkamah Sivil. Melainkan kritikan saya telah disalahertikan dan dijadikan isu,” katanya.
Video berdurasi 2 minit 33 saat yang dimuat naik sejak awal pagi Rabu, telah ditonton 923,676 kali dan dikongsi sebanyak 7,430 kali oleh pengguna Facebook.
Semakan di akaun Facebooknya juga mendapati, James banyak mengaitkan setiap status yang dimuat naik dengan agama Islam.
Segelintir netizen berpendapat, berkemungkinan besar mangsa dipukul kerana status-status Facebooknya yang agak lancang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

1 comment:

Anonymous said...

Penyokong2 jiby dah naik angin takut nanti selepas PRU14 dah tak ada dedak lemak manis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails