Friday, June 16, 2017

Senator DAP Nafi Sokong Bandar Kristian Di Pulau Pinang



Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar hari ini menafikan beliau menyokong pembentukan sebuah bandar Kristian di Pulau Pinang.
Beliau berkata, mereka yang tergamak untuk mempercayai tuduhan tersebut disifatkan tidak berkeupayaan dari segi intelek untuk membincangkan mengenainya.

"Ia agak konteks sama sekali," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau dikecam kerana didakwa menyatakan sedemikian dalam perbahasan di Dewan Negara pada 21 April.

Ariffin menambah, beliau sebenarnya bertanya soalan retorik untuk mencabar dakwaan Senator Tan Sri Ibrahim Abu Shah mengenai gerakan membentuk 'bandar Kristian' di Pulau Pinang.

"Mereka katakan saya bersetuju untuk mengadakan bandar Kristian. Apa yang saya katakan dengan cara yang menyindir bagi menunjukkan individu yang tidak cukup intelektual.

"Apa yang beliau maksudkan bandar Kristian? Tiada bandar Kristian di dunia ini.

"Dan jika ada pihak yang mahu menubuhkan bandar Kristian, perlu ubah Perlembagaan," kata Ariffin yang merupakan ahli sejarah.

Menurut Hansard, Ariffin telah mencelah Ibrahim Shah yang memetik buku yang mendakwa bahawa "komplot yang telah wujud, di kalangan orang Kristian di negeri ini, untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri Kristian '."

Oleh yang demikian, Ariffin dipetik sebagai berkata: "Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city, kena ubah perlembagaan Pulau Pinang...Kalau tidak ubah, macam mana hendak jadi Christian state?"

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mendedahkan apa yang didakwanya mengenai kewujudan sikap orang Islam yang sanggup menukar aqidah mereka dengan wang dan pangkat.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Nasrudin pada masa yang sama turut menegaskan, usaha sesetengah pihak untuk menyebar, tubuhkan negeri atau bandar berasaskan agama selain Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

"Malang, ada muslim gamak pertahan. Mereka hilang sensitiviti. Tiada harga diri. Aqidah ditukar dengan wang dan pangkat.
"Islam agama Persekutuan. Ia dimuktamadkan oleh Perlembagaan Negara. Agama lain boleh diamalkan oleh penganutnya dalam mana-mana bahagian Persekutuan secara aman.
"Namun untuk sebar malah tubuhkan sebuah negeri atau bandar berasaskan agama selain Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara," katanya dalam laman Facebook milik beliau. (TKO)

1 comment:

Anonymous said...

Agenda sulit roket telah terdedah ! Orang bodoh sahaja sokong roket dan makan dedak cap roket !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails