Sunday, June 11, 2017

‘Rahmatan lil alamin', Muslimah Boleh Kahwin Kafir – Prof Siti Musdah Mulia



Putrajaya: Tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin' (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi.

Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

Tokoh yang dikagumi oleh ramai di Malaysia itu berkata, "Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu?

Quran lebih menekankan mengenai pelakuan." "Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks," katanya lagi. Tegasnya, "Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay.

Terdapat sekumpulan Muslimah lesbian di Jawa Barat - ahli-ahlinya kerap melakukan solat berjemaah dan bersedekah kepada anak-anak yatim. Mereka lebih Sufi dari orang-orang lain. Cuma Tuhan yang berhak untuk menentukan orang itu bersalah atau tidak, beriman atau tidak."

Beliau juga mendakwa kaum Muslimah berhak untuk mengahwini pasangan yang kafir, kerana terdapat khilaf ulama berkenaan perkara tersebut. Lagipun, keseluruhan hukum fiqh dalam perkahwinan hanyalah ciptaan manusia, dakwanya lagi. Beliau berkata, "Dengan proses globalisasi, tidak dapat dielakkan untuk manusia lebih mudah berhubung dengan sesama sendiri.

Mengapa ianya diharamkan sedangkan ulama sendiri ada pandangan yang berbeza mengenai isu tersebut?" "Saya beritahu mereka bahawa keseluruhan hukum fiqh mengenai perkahwinan adalah rekaan manusia, tidak ada satu pun daripadanya bersumberkan faks dari syurga.

Kenapa perlu takut? Tuhan tidak akan marah, Dia sungguh bijaksana," katanya lagi. Apabila ditanya tentang keperluan untuk beragama memandangkan agama Islam amat bersifat kontekstual, beliau menjawab, "Itu bergantung kepada individu tersebut. Sekiranya lelaki tersebut atau perempuan tersebut menganggap bahawa agama tidak membawa ketenangan kepada jiwa, lalu tidak ada gunanya untuk mempunyai agama.

Ikut sahaja nurani kamu, serius." Sedar akan penentangan majoriti umat Islam terhadap pemikirannya itu, beliau mendesak campur tangan pihak kerajaan untuk mengharamkan ajaran Islam yang menjadi anutan mereka dan hanya menggunakan Islam versinya sahaja, yang sesuai dengan prinsip ‘rahmatan lil alamin'.

"Pihak kerajaan sepatutnya mengambil pendirian tegas dan berkata bahawa ajaran agama yang hanya boleh diterima di negara ini adalah yang sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi, Pancasila (dasar falsafah negara) dan prinsip Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin' - rahmat kepada semua manusia. Itulah. Kenapa takut?" tegas beliau.


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

2 comments:

Anonymous said...

Manusia liberal sesat dan menyesatkan seperti Siti Mudah, Siti jari tengah dan puak 'sister in hell' berusaha menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal untuk menipu dan menyesatkan umat Islam. Sebenarnya mereka telah menjadi alat kafir harbi untuk memusnahkan agama Islam dan melemahkan umat Islam dari dalam.

Sesunggunya orang-orang liberal tersebut telah kufur iman kerana menentang Allah dan RasulNya !Maka tidak hairanlah ramai perempuan dalam neraka !

Anonymous said...

Biasanya beliau ini nanti yang akan di bawa ke Malaysia oleh DAP laknat komunis, yg menunggangi PH. untuk memeriahkan fahaman liberal, plurarism di Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails