Tuesday, June 13, 2017

Menteri Indonesia Tidur Di Sofa L/Terbang News York. Wajarkah?


GAMBAR menunjukkan Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti sedang nyenyak tidur di atas sebuah sofa tular di media sosial.

Difahamkan gambar terbabit dirakamkan di balai menunggi VIP Lapangan Terbang John F Kennedy, News York, lapor Jakarta Post.
Gambar berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji Susi dan menggelarkannya ‘Superwoman’.
Susi dilaporkan tertidur di lounge VIP lapangan terbang itu selepas menghadiri satu persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hal ehwal maritim di New York pada Ahad lalu.
Pada persidangan itu, beliau turut menerima pujian daripada pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio terhadap usaha beliau memerangi penangkapan ikan secara haram dan melindungi laut.
Gambar itu kemudiannya dimuat naik menerusi akaun Facebook milik Jim B. Aditya pada 12 tengah malam, Isnin lalu.
“Superwoman ini layak untuk digelar Ibu Laut Indonesia,” tulis Jim pada kapsyen gambar itu. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah? Apa lagi kalau beliau seorang muslimah yang baik, menteri dari negara umat Islam yang teramai di dunia? Apakah itu menggambarkan akhlak Islam kerana tidak menjaga auratnya, bahkan dikatakan kaki merokok pula?

1 comment:

Anonymous said...

Err... isteri PM bagaimana lak, Hj?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails