Monday, June 12, 2017

Mabuk &Dirogol Pemandu Grabcar Ditahan..


Hasil carian imej untuk maabuk dan dirogol

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pemandu GrabCar dipercayai merogol seorang wanita di dalam kereta miliknya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, semalam.

Dalam operasi pukul 10 malam tadi, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, lelaki berkenaan dipercayai merogol wanita berusia 29 tahun yang menggunakan perkhidmatannya pada pukul 4 pagi.
“Ketika kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan. Selepas itu suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah.
“Polis turut merampas pakaian serta kereta jenis Myvi milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana kes-kes jenayah yang menjadi-jadi, kerajaan negara umat Islam sepatutnya, menilai kembali sistem perundangan Islam yang telah dibuktikan berjaya, untuk dilaksanakan di negara umat Islam sendiri. 

Bagaimana boleh jadi kerajaan orang Islam menolak hukum yang diperintahkan Syariat Agamanya?


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

3 comments:

Anonymous said...

Ngapa tak salahkan kerajaan negeri? La... Lupa, rupanya PAS sebahagian daripada kerajaan negeri!

Anonymous said...

Bodoh. Pusat menguasai negeri, bukan negeri menguasai Pusat. Bengong.

Anonymous said...

Undang-undang sekular yang dibela oleh kafir harbi dan munafik liberal telah gagal melindungi rakyat negara ini ! Rakyat hidup dalam ketakutan ! Bila kita cadangkan Hudud untuk mengurangkan kadar jenayah, kafir harbi dan munafik liberal menentang Hudud dengan pelbagai alasan karut tanpa memberi peluang kepada perlaksanaan Hudud !

Puak kafir harbi dan munafik liberal bodoh bertingkat !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails