Saturday, June 17, 2017

AS Cetus Kemarahan Erdogan



SEORANG anggota polis cuba meleraikan pergaduhan antara penunjuk perasaan dan pegawai peribadi Erdogan di Washington pada 16 Mei lalu.- REUTERS

WASHINGTON – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengumumkan bahawa waran tangkap dikeluarkan terhadap 12 anggota keselamatan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (gambar) kerana menyerang penunjuk perasaan di Washington pada bulan lalu.
Tindakan Washington bagaimanapun mencetuskan keramahan Erdogan. Beliau berkata, AS tidak mempunyai hak untuk menahan pengawal peribadi yang melindunginya daripada “pengganas”.
Kementerian Luar Turki menjemput Duta Besar AS untuk mengadakan perbincangan susulan pengumuman tersebut.
Namun, Washington bertegas bahawa pegawai peribadi Erdogan tidak berhak me­nyerang sekumpulan kecil penunjuk perasaan bangsa Armenia dan Kurdis di luar kediaman duta Turki di Washington pada 16 Mei lalu.
Pergaduhan itu berlaku selepas Erdogan menemui Presiden AS, Donald Trump di White House.
Seramai sembilan orang cedera, manakala beberapa mangsa lain dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat pelbagai kecederaan termasuk patah gigi dan lebam.
Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap 12 individu berkenaan bersama enam lelaki berbangsa AS-Turki dan Kanada-Turki yang terlibat dalam pergaduhan tersebut,
“Waran tangkap ini me­nyampaikan mesej jelas bahawa AS tidak bertolak-ansur terhadap individu-individu yang menggunakan ugutan dan keganasan untuk menghalang kebebasan bersuara dan hak demonstrasi aman,” kata jurcakap Jabatan Negara, Heather Nauert.
Erdogan membidas kenyataan Nauert dengan mendakwa, polis AS sengaja membenarkan pengganas mengadakan tunjuk perasaan hanya 50 meter daripada konvoi beliau.
“Mengapa saya membawa pengawal peribadi ke AS, jika tidak untuk melindungi saya.
“Kami akan menentang secara politik dan undang-undang berhubung waran tangkap ini,” katanya ketika berucap di Ankara.
Terdahulu, Ketua Polis Washington, Peter Newsham berkata, 12 individu berkenaan termasuk sembilan pengawal peribadi Erdogan dan tiga polis Turki. – AFP

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

2 comments:

Anonymous said...

Rejim Amerika Syarikat dan NATO dan Israel adalah pengganas antarabangsa yang amat hina, terkutuk dan menjijikkan kerana mereka ini telah menyerang dan memusnahkan negara-negara umat Islam dan menyiksa dan membunuh berjuta umat Islam di Iraq, Libya, Afghanistan, Lebanon, Yaman, Somalia dll supaya mereka boleh merompak sumber asli negara umat Islam seperti petroleum, gas asli, uranium dll dan melindungi rejim pengganas Israel.

Bahkan rejim pengganas Israel telah membina kem tahanan terbesar di Gaza dan Tebing Barat !

Rejim AS telah menyerang dan memusnahkan negara-negara kafir seperti Vietnam, Kemboja, Laos, Korea, Nicaragua dll dan dan menyiksa dan membunuh berjuta orang kafir.

Kesimpulannya ialah rejim Amerika Syarikat dan NATO dan Israel adalah lebih jahat dari rejim Nazi semasa Perang Dunia Ke2.

Anonymous said...

Pengawal erdogan ,,,gangster perlu baca kisah sebenar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails