Thursday, December 22, 2016

Abd Hadi Ke Iran, Apa Komen Mat Sabu, Ahmad Awang..


Mat-Sabu_abdul-hadi-awang_600

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menerima sokongan daripada seteru kuatnya Amanah, selepas kehadirannya di sebuah persidangan di Iran dikritik beberapa pihak.


Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata apa yang dilakukan presiden PAS itu merupakan kebiasaan setiap tahun dan tidak ada kaitan dengan krisis di Syria.


“Lawatan Hadi itu rutin sejak zaman Imam Khomeini dan upacara tahunan,” katanya merujuk pemimpin Revolusi Islam Iran 1979.


Mat Sabu berkata persidangan Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke-30 di Tehran itu bertujuan mengeratkan perpaduan antara mazhab di mana tarikh Rabiulawal mempunyai pengertian tersendiri.


“Ulama Sunni mengatakan ulang tahun kelahiran (Maulud) Nabi Muhammad pada 12 Rabiulawal, Syiah pula berpendapat pada 17 Rabiulawal. Jadi Imam Khomeini menetapkan perbezaan hari itu sebagai miggu perpaduan setiap tahun,” kata Mat Sabu kepada FMT, sambil menambah Hadi pergi atas kapasitinya menganggotai Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa.


Sementara itu, Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang berkata ia merupakan hak Hadi untuk hadir ke persidangan yang mengumpulkan ulama, gerakan Islam dan NGO mewakili pelbagai mazhab dari Sunni dan Syiah.


Ahmad berkata Hadi berani menegaskan pendiriannya.


“Dari segi pemergian dan pendirian dia, saya rasa hak dia,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.


Beberapa pihak yang mengkritik Hadi menuduh Iran bersekongkol dengan regim Bashar Assad dalam konflik di Syria..


Konflik Syria yang masuk tahun ke-5 sudah mengorbankan puluhan ribu orang awam, dan turut membabitkan kumpulan yang menaikkan sentimen permazhaban termasuk militan IS.


Susulan kritikan itu, Hadi menjelaskan secara panjang lebar mengenai konflik di Syria, dan menasihati pengkritiknya tidak terpengaruh dengan dakyah di media mahupun media sosial yang cuba memburukkan Iran yang bermazhab Syiah.


“Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu,” kata Hadi.


Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali menjelaskan kehadiran Hadi ke Tehran adalah bagi mewakili PAS sebagai presiden parti.


“Sudah pasti dalam penglibatan apa sahaja forum antarabangsa, PAS mempunyai pendirian politik tersendiri terhadap sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Iraq dan Palestin.


“Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman,” katanya.



Lihat..


Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.

12 comments:

Anonymous said...

Hmm... Amanah memberi komen positif. Ahli-ahli PIS tuduh Presiden Amanah syiah... tapi yang jelas, mengikut komen mereka berdua, Presiden PIS pergi ke Iran setiap tahun! Mengapa tidak melabelkan Presiden PIS seorang syiah?

Anonymous said...

Saya merasakan kunjungan Presiden PAS bukan isu... tetapi menggunakan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) sebagai alasan pemergian ke Iran tetapi ini disanggah sendiri oleh Pengerusi KUIS itu yang patut jadi isu besar. Ianya mencerminkan keperibadian Presiden PAS sendiri.

Anonymous said...

Samalah macam kes Najib dan Rosmah,PAS kata anti rasuah,salah guna kuasa dan pembaziran.Namaun
tindakan mereka bersekongkol dengan Najib cukup mencerminkan bahawa pemimpin PAS dah tak boleh pakai dan mereka tergolong dengan orang2 yang munafik.

Anonymous said...

Setuju dengan anon 3.40 PM..

Abang Mat dituduh syiah macam2 kata nista dan hujjah dilimparkan kat mat sabu bagi menguatkan dakwaan mereka.. tapi bila presiden mereka yang buat macam2 hujjah jugak yang mereka bagi untuk membela presiden mereka..

Anonymous said...

Setuju dengan anon 3.40 PM..

Abang Mat dituduh syiah macam2 kata nista dan hujjah dilimparkan kat Abang Mat bagi menguatkan dakwaan mereka.. tapi bila presiden mereka yang buat macam2 hujjah jugak yang mereka bagi untuk membela presiden mereka..

Anonymous said...

Klu nak ikutkan hati ni mcm nak tulis je satu persatu masalah2 pemimpin2 Pan ni. Tapi setakat ni 'mood' tu masih tak sampai...sbbnya satu iaitu masih kesiankan dgn keaiban diorang...

Anonymous said...

Kalau dah libral tu ada aja hujah untuk nak kutuk tghh. Yang buat fitnah tu libral lepas tu kata ahli pas. Tu yang kutuk agung tu apa cita.

Anonymous said...

JADI NAIB ULAMAK SEDUNIA PUN ANWAR YG CADANG KAN ....
LAGI NAK BURUK BURUKKAN ANWAR DAN KELURAGANYA...ADA PATUT KE PEMIMPIN DAN PENGIKUT TEGAR PAS BUAT MACAM ITU....


LU FIKIRLAH SENDIRI...!!!!

Anonymous said...

ANON 12:27 EKEKEKE...BUNYIK CAM TENGAH RISAU JER TU...TAKUT YEA KALAU-KALAU PKR AKAN TINGGALKAN PAN...NAK LAGA-LAGAKAN PAS-PKR LER TU. TAKUT PENGGILA KOSA DLM PAN NANTI MCM CACING KEPANASAN KOT TAK DAPAT PELUANG KE PUTRAJAYA...

JGN LA TAKUT SANGAT...TAK PERLU API-APIKAN...KALAU DAH TAKDIRNYA ADA 3 BLOK PEMBANGKANG, MAKA PAN AKAN TETAP DAPAT JUGA BERSAMA PKR... WALAUPUN PKR SEBENARNYA MENYAMPAH DENGAN PAN SBB MENYUSAHKAN HIDUP GROUP PEMBANGKANG...HEHEHE...

Anonymous said...

Kita tak payah tuduh tghh syiah ke mat sabu Syiah ke tapi yang jelas rupanya saban tahun tghh pergi Iran dah nak hampir 30th pun.. lama2 pecah juga rahsia

Anonymous said...

Tak tau part mana yang sempit kamu wahai anon 6:50...sempit pembacaan ke, sempit pengetahuan ke atau sempit pemahaman. Kamu olah sikit komen kamu tu yer, then later maybe baru kita tau tang mana yang sempit.

Anonymous said...

Piiiiiirah!!!!! Gebang memang handal. Typical melayu, ugut saja tau, jaguh kampung, cakap saja berani, buat takut. Piiiiiiirah!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails