Sunday, October 02, 2016

Pelajar Rogol Pelajar Di Sekolah. Sistem Pendidikan Gagal..




MELAKA: Dua pelajar senior didakwa merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini.
Pelajar perempuan tingkatan satu itu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh dua pelajar senior kira-kira pukul 2.30 petang Selasa. Sebaik berada di bilik itu, kedua-dua pelajar senior itu didakwa menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.
Seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan kejadian, terdengar bunyi teriakan dan bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan. Terkejut dengan kehadirannya, dua pelajar lelaki itu melarikan diri dan pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua.
Semasa di bilik pengetua, pelajar wanita itu menceritakan bagaimana dia diheret masuk ke dalam bilik stor dan dibogelkan sebelum dirogol. Difahamkan salah seorang pelajar lelaki mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal siasat pada keesokan harinya.
Namun dia mendakwa pelajar perempuan itu membenarkan perbuatan seksual tersebut.  Satu laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata polis menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut.
"Kami sudah menghantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol statutori," katanya.
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin mengakui amat terkejut dan tidak percaya insiden seperti itu berlaku.
"Perbuatan itu berlaku di dalam kawasan sekolah pada waktu siang. Sudah tiba masanya pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan," katanya. (http://kachipemas.blogspot.my/)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukti lagi, sistem pendidikan di Malaysia gagal, tidak mampu melahirkan manusia pembangun negara yang bertakwa kepada Allah SWT.

9 comments:

Guru pencen said...

Mula2 aku nak kata ini kegagalan pendidikan agama (Islam). Murid2 diajar sembahyang, puasa, zakat dan haji (Rukun Islam) tetapi matlamatnya tidak diajar, menyebabkan fungsi sembahyang dan lain2 itu tidak menjadi kenyataan. Bila saya kata macam ni si menterinya faham tak? Rukun Negara pula hanya tinggal nama, semangatnya dah terbang entah ke mana. Betul tak wahai menteri pendidikan.

Anonymous said...

Sikap tidak bermoral sebilangan manusia hari ini mencerminkan kegagalan sistem pendidikan sekular yang berasaskan sistem pendidikan Barat dan teori pendidikan Barat yang telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat Barat. Sistem pendidikan sekular telah menghasilkan penipu, pencuri, perompak proffessional dan penjenayah kolar putih yang cekap dll.

Untuk membentuk rakyat yang bermoral, sepatutnya sistem pendidikan menerima pakai dan menghayati sistem pendidikan Islam yang berasaskan Al-Qur'an dan Sunnah. Jika rakyat bermoral tinggi atau berakhlak mulia, kadar jenayah, salah-laku, pecah amanah, salah guna kuasa dll boleh dikurangkan dan rakyat boleh hidup tanpa ketakutan.

Yang menjadi penghalang kepada penghayatan sistem pendididkan Islam dan teori pendidikan Islam ialah pemimpin-pemimpin kafir harbi dan sekular liberal. Oleh sebab itu, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 untuk membentuk sistem pendidikan yang berasaskan Islam untuk membentuk generasi baru yang berakhlak mulia.

Anonymous said...

Sesiapa orang Islang dok sokonng RUU 355 yang akang dibentangkang di parlimeng akang jatoh imang.Kalau mati kena tanang kat JIRAT CINA ...
Bodowww tok lebai PAS PIS PUS = PIGS

Anonymous said...

Hanya munafik menyokong parti kafir harbi, parti sekular liberal dan NGO liberal menghina, menolak, mempertikai atau menentang ajaran Islam dan hukum Allah seperti Hudud. Mereka tergolong kepada golongan kafir dan mereka tidak layak mendakwa diri mereka beragama Islam kerana mereka mengingkari perintah Allah dan RasulNya.

Jika mereka mati, mayat mereka tidak boleh ditanam di tanah perkuburan Islam.

Anonymous said...

Termasklah pencuri BALAK di Kelantan yang husam dedahkan

Anonymous said...

Jika benar dakwaan Anon 2:49 PM, mengapa Anon 2:49 PM tidak menyaman pencuri tersebut
? Nak buat tuduhan mesti ada bukti kukuh bukan dakwaan sahaja!

Anonymous said...

Dokumen bukti lengkap parti lebai merompak balak dah antar ke sprm. Bermakna mmg ada kes perlewengan parti lebai jual agama ni.

SR pun tk berani disaman. Lebai makan duit curi 90juta.

Anonymous said...

Hadi Mereng ala munafiq tanam dimana pulak esok? Tanah Islam ke tanah kafir harbi?

Anonymous said...

Bodoh orang Pas ni. Takkanlah anon lak yang kena saman? Bengong orang Pas ni. Balik sekolah pondok lah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails