Sunday, October 02, 2016

LGE Undur! 3,000 Baju Merah Tawan Gurney Drive..

3,000 Baju Merah Tawan Gurney Drive Desak LGE Undur

GEORGE TOWN – Ketika puluhan aktivis Bersih 5 berarak lesu buat kecoh di Teluk Intan, Perak, pada masa sama lebih 3,000 peserta Baju Merah berhimpun aman di Pulau Pinang petang Sabtu.

Perhimpunan jalanan terbesar di negeri berkenaan anjuran Pemuda UMNO Pulau Pinang dilakukan untuk mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal rasuah supaya segera meletak jawatan.
Ia turut diadakan bagi menyatakan sokongan secara terbuka kepada kepimpinan UMNO negeri dan Barisan Nasional Pulau Pinang yang membuat tuntutan supaya pemimpin DAP itu melepaskan jawatan disandangnya.
PENANG 01 OCTOBER 2016. Sebahagian penyokong Pemuda Umno dan Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan Bangkit Pulau Pinang 2016 "Ride Against Corruption"di Persiaran Gurney, Georgetown. NSTP/MIKAIL ONG
Ribuan peserta kelihatan berbaju merah dan menunggang motosikal sebelum berkumpul dalam program yang dinamakan sebagai Himpunan Bangkit Pulau Pinang 2016 di Bulatan Persiaran Gurney sejak jam 2 petang.
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata, ia turut bertujuan menggesa polis tidak memberi permit kepada himpunan haram Bersih yang dijangka diadakan di Pulau Pinang pada 19 November nanti.
"Hari ini kita berhimpun di sini untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa jika Bersih diadakan di sini, ramai peniaga terganggu dan aktiviti orang awam terjejas. Ini baru 3,000 orang, kita dah nampak ia ganggu orang ramai.
“Oleh itu, kita tentang habis-habisan perhimpunan Bersih di Pulau Pinang. Selain itu, kita juga gesa Guan Eng undur kerana kes rasuahnya yang sudah dibawa ke mahkamah,” katanya ketika berucap semasa himpunan tersebut.
Untuk rekod, Guan Eng didakwa di mahkamah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn dengan tawaran harga lebih murah daripada pasaran.
Mengikut pertuduhan kes, Guan Eng juga didakwa sebagai penjawat awam menyalahgunakan kuasa Ketua Menteri berhubung pengezonan semula tanah lot kepada Magnificient Emblem Sdn. Bhd. pada 18 Julai 2014.
Walaupun didesak berkali-kali untuk letak jawatan atau bercuti demi kepentingan rakyat terutama puluhan saksi kes tersebut, namun Guan Eng masih enggan berbuat demikian. – Agensi.



4 comments:

Anonymous said...

macam la pemimpin depa tu baik sangat harap kuasa saja yang menghalang
bial ajak buat demo anti yahudi takut pulak
takut obama marah
macam sial ja puak amano haprak ni

Anonymous said...

Melayu makin menjadi BODOH pulak

Si BANGKAI di sanjung

Yang KERJA LURUS di halang

Bodoh betul Melayu Melayu nih

Buat malu Melayu lain pulak

Anonymous said...

Banyaknye taik...
Apa la yg korang dpt baju merah... selain membodoh kan diri sendiri...

Anonymous said...

Baju Merah akan sokong RUU 355 ..! Melayu tak sokong RUU 355 & tak sokong PIGS akan dikebumi di jirat China ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails