Friday, October 07, 2016

Akan Diharamkan Purdah Di Sekolah Norwey.

Hasil carian imej untuk Norway mahu haramkan purdah di sekolah AFP - GAMBAR fail menunjukkan kombinasi wanita yang memakai tudung (kiri), purdah (tengah) dan burka (kanan) di India dan Afghanistan pada Jun 2009


OSLO – Kerajaan Norway kelmarin mengumumkan rancangan untuk mengharamkan pemakaian purdah di dalam kelas dan dewan kuliah universiti.
Menteri Pendidikan, Torbjorn Roe Isaksen dipetik akhbar Vart Land sebagai berkata, kerajaan sedang menggubal undang-undang melarang tudung muka penuh itu dipakai di sekolah dan universiti.
Wanita Islam jarang dilihat memakai purdah di Norway, apatah lagi di sekolah. Namun, isu tersebut menimbulkan perdebatan politik kurang setahun sebelum Norway mengadakan pilihan raya Parlimen.
Beberapa parti politik termasuk parti pembangkang, Parti Buruh menyokong larangan tersebut.
Isaksen berkata, larangan itu tidak termasuk pemakaian tudung kepala yang menampakkan bahagian muka oleh wanita Islam. Orang ramai, katanya perlu dibenarkan untuk menzahirkan kepercayaan mereka di khalayak ramai.
“Saya mahu kanak-kanak perempuan Kristian yang memakai salib boleh menunjukkannya. Saya mahu kanak-kanak lelaki Yahudi yang memakai kippa menunjukkannya. Saya juga tidak mahu mengharamkan tudung,” tegasnya.
Langkah Norway itu dibuat ketika beberapa negara Eropah bertindak mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam.

Pada Jumaat lalu, Bulgaria mengharamkan wanita d aripada memakai purdah di tempat awam, manakala Switzerland meluluskan draf rang undang-undang melarang pemakaian purdah di seluruh negara itu. – AFP

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails