Sunday, October 02, 2016

PKR Sabah Akan Tutup.. Bungkus?



AIDCNews – 01/10/16 –Selepas Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking membuat pengumuman keluar parti baru-baru itu, PKR Sabah semakin bergelora apabila pengerusi parti negeri, Datuk Lajim Ukin sendiri juga bakal keluar parti.
FMT yang memetik sumber China Press melaporkan bukan sahaja Lajim, malah timbalannya, Christina Liew juga hangat diperkatakan akan keluar parti.
Spekulasi mengatakan Lajim bakal menubuhkan parti baharu, manakala Liew tidak pasti akan mengikut jejak Lajim atau menyertai parti baharu pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sepertimana yang dilakukan oleh Leiking.
Lapor China Press, Lajim telah menemui Shafie dan ahli Parlimen Semporna itu mengalu-alukan penyertaan beliau, tetapi tidak menjamin akan melantiknya sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, kerana parti itu hendak melatih lebih ramai calon muka baharu.
Lajim ketika itu menjawab, beliau terpaksa menubuhkan parti baharu.
Sebelum ini The Star melaporkan seorang lagi ADUN PKR yang bakal mengumumkan keluar parti adalah ADUN Moyog, Terrence Siambun.
Siambun dipercayai bakal mengikut jejak Leiking menyertai parti Shafie.
Ketika dihubungi The Star, Siambun memaklumkan beliau akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai.
Difahamkan, PKR Pusat sedang berusaha memujuk beberapa wakil rakyatnya itu dan jika gagal, PKR Sabah hanya mempunyai Dr. Roland Chia yang juga ADUN Inanam sebagai wakil tunggal mereka dalam DUN Sabah.

Pada 22 September lalu, Leiking, dalam surat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi kerana dirosakkan dengan begitu teruk oleh Barisan Nasional (BN) di negeri itu. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails