Friday, October 07, 2016

Gerakan Boikot Israel Adalah 'Terorisme'. -Menteri Hakim Israel.


Menteri Kehakiman Israel Sebut Gerakan Boikot Bentu “Terorisme”
Menteri Kehakiman Israel Ayelet Shaked (gambar) menyebut gerakan Boikot, Divestasi dan Sekatan (BDS) sebuah bentuk dari "keganasan", dalam kenyataan yang dibuat kelmarin.

Bercakap pada persidangan Jewis National Fund (Dana Nasional Yahudi / JNF) di New York, menteri itu membandingkan kempen BDS dengan terowong-terowong di bawah pagar sempadan Gaza.

"Kadang-kadang gerakan BDS membiayai sumber-sumber yang serupa dengan mereka yang membiayai organisasi pengganas," tuduh Shaked.

Dia menambah, "Ini merupakan wajah baru keganasan," ujar Ayelet Shaked dikutip middleeastmonitor.com belum lama ini.

Gereja Persatuan Methodist bergabung dengan gerakan BDS

Menteri itu berpendapat "kritisme terhadap Israel itu sah", sedangkan kritisme "yang berupaya untuk merosakkan hak wujud Israel tidaklah sah (tidak sesuai undang-undang)."

BDS, Gerakan Boikot yang mula mendunia.

Bercakap di depan hadirin Yahudi Amerika, Shaked menyesali bahawa "terdapat juga para Yahudi liberal muda yang bingung dan disesatkan oleh gerakan ini."

"Mereka menelan kehobongan yang propaganda Palestin sebarkan. Mereka telah jatuh ke dalam jaring dan mereka bahkan tidak menyedari tentang fakta bahawa mekanisme menarik tali itu merupakan pengganas dari Islam radikal. "

The Boikot, Divestasi dan Sekatan (BDS) terhadap rejim Israel bermula pada Julai 2005 yang disokong lebih daripada 170 organisasi Palestin. 

Gerakan awalnya lahir guna menamatkan aparteid di Afrika Selatan ini, kini makin berkembang sangat cepat dan mencari momentumnya tatkala serangan penjajah Israel menyerang Gaza pada bulan Julai 2014. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails