Wednesday, October 05, 2016

PAS Tidak Mahu Jadi `Anak Tangga’.. Tuan Ibrahim.


PAS Tidak Mahu Jadi `Anak Tangga' Parti Lain - Tuan Ibrahim
KL: “PAS diminta menyokong pelbagai gerakan dan program pihak lain, namun apabila tiba soal perjuangan Islam, mereka bukan sekadar bersetuju untuk tidak setuju, malah menjadi penentang dan menggerakkan penentangan kepada apa yang PAS perjuangkan”
Demikian tegas Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas pendirian Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pelawaan kerjasama oleh parti tertentu ke atas PAS.
Kata beliau, tiada parti yang mungkin akan bersama dengan pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan dengan apa yang dimiliki oleh parti tersebut apatah menjadi `anak tangga’ bagi pihak lain.

“Seperti bisnes, di dalam politik juga ada pertimbangan untung rugi terhadap apa yang dianggap bernilai bagi parti masing-masing.
“PAS sudah tentu menyokong apa yang menguntungkan dan selaras dengan perjuangan Islam. Ada masanya PAS hanya memberi sokongan moral kepada agenda bersama tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.
Pakatan Harapan baru-baru ini gembira dengan kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa PAS sedia untuk berbincang dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menjalin kerjasama.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah dipetik berkata, Pakatan Harapan turut menyambut baik penegasan Mustafa bahawa PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan parti Melayu UMNO.
“Mustafa Ali di program PAS yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS tidak akan bersama UMNO. Beliau berkata PAS sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR. Saya anggap ini satu perkembangan positif ke arah pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat,” kata Saifuddin.
PKR sejak awal tahun ini bersungguh-sungguh memujuk PAS supaya kembali menyertai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) meskipun dibantah oleh kedua-dua parti berkenaan.
PKR bersikap demikian kerana bimbang akan kehilangan undi penyokong PAS yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.
Polemik diantara PAS dan Pakatan Harapan bagaimanapun semakin meruncing apabila ramai pemimpin DAP dan PAN secara terbuka membantah usaha PAS untuk meminda akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. 


15 comments:

Anonymous said...

Melayu punya orang hali2 banyakk cakap...
Wang punya hat...lu orang hali2 gadoh...semua tak ada otak..
ingat mau cuci wang saja......

Semua mau jadi menteri.....curi wang.....

Lu punya bangsa tataK...MALU KA...

GILA......

Anonymous said...

Melayu kalau tolak islam memg gila.

Anonymous said...

Pas Pis Pus@PIGS janganlah jadi anak tangga tapi jadi bilik ayaq yang ada mangkuk tandaih & hang dok la sorang2 jangan dok campok dengan parti lain ..hi

Anonymous said...

Implikasi RUU 355, hudud dan Qisas tidak dapat dilaksanakan.

Inilah kenyataan Jamil Khir dari UMNO, Asyraf Wajdi dari UMNO dan Taqiyuddin dari PAS.

Jelas, RUU 355 adalah hukum manusia, bukan hukum Tuhan sepertimana yang disebut oleh Mufti Pulau Pinang.

Anonymous said...

Pemimpin Pas hari ini perjuangannya nk jadi tuhan asyik nak menghukum org tak abis2. Bkn nak martabatkan Islam dari segi ekonomi, akhlak, pendidikan dan Islam yg menyeluruh.

Anonymous said...

Melayu yg jual Islam utk kepentingan diri mmg gila.

Ir Anonymous said...

Jangan ambil islam sebahagian dan menolak sebhg islam (termasuk hudud) yg lain..

Ir Anonymous said...

Kita tunggu parti mana yg jd mangkuk tandas terutama kpd DAP..

Ir Anonymous said...

Setuju sehingga sanggup bersama2 dgn harbi menolak islam..

Anonymous said...

Ruu 355 itulah cth ambik Islam sebahagian dan menolak sebhg Islam maknanya walaun oii.sbb ruu 355 undang2 ciptaan manusia.

Bak kata amanat hadi politik suku agama suku jatuh kafir. Skrg amanat jatuh kafir dah berbalik pd si penutur dan walaun2 dia.

Anonymous said...

Nak senang masok syurga? Masok LA parti pis pus pus.Disinilah syurga lebai Malang berkumpul, bila air surut lebai Malang mudik kehulu Dan bila air pasang menongkah arus ke hilir bak kata orang zaman sekarang buat "u-turn".Politik lebai sudah dibaca zaman berzaman, percayalah hikayat lebai Malang bukanlah sebuah cerita dongeng tetapi sebuah kisah yang akan berulang-ulang mengalahkan pisang berbuah dua kali...kah kah kah kah kah kah...

Anonymous said...

TERBAIKK faktanya dan ada unsur DNA intelek komen yg diatas...
ANDA idola dan panglima perang buat kami sekeluarga..
Kami sentiasa di belakang ANDA ANDA semua..

T kasih..dan syabassssssssssssss

Anonymous said...

Pas bkn Islam. Islam bkn Pas.

Ruu 355 undang2 ciptaan manusia bkn hudud Allah.

Anonymous said...

Alhamdulillah...Pas hari ini semakin matang pendekatannya kepada masyarakat. Dalam lembut dan berhemah namun ketegasan prinsip Islam tetap sentiasa dijaga. Pandangan yang baik tetap diambil kira walaupun ianya daripada parti pihak lawan.
Didalam Umno ada seorang pemimpin yang matang seperti ini...Khairi Jamaluddin. Mutiara Melayu Islam. Walaupun method KJ berbeza dengan Pas namun pendekatannya matang dan bersifat kontemporari yang tidak lari daripada landasan Islam itu sendiri.
We love Pas. We love KJ

Anonymous said...

Ulasan syok sendiri.hihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails