Tuesday, May 17, 2016

Ini, Bukti AMANAH Hadiri Persidangan Syiah Di Beirut?

pan ADAKAH ulama luar biasa Parti Amanah Negara (PAN) iaitu penasihat parti itu, Ustaz Ahmad Awang dan Timbalannya, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin telah menghadiri persidangan Syiah di Beirut soal Aznil Hisham.
Memetik laporan berita ABNA, Indonesia, persidangan ‘Iitihad Alami Li Ulama Muqawamah’ pada 5 Mei 2016 yang dihadiri oleh dua tokoh penasihat PAN itu juga turut dihadiri tokoh-tokoh Syiah yang terkemuka.
“Antara yang hadir, Duta Iran di Beirut dan Ulama Syiah Ayatullah (AyatusSyaitan) Muhsin Araki dan Timbalan Setiausaha Agung Hizbullat Naim Qasim (Timbalan kepada Hasan Nasrullah),”dedahnya.  (AIDCNews – 16/5/16 )

4 comments:

Anonymous said...

greenboc.blogspot.my/2016/05/bila-presiden-pas-ke-iran-kenapa-tak.html

Anonymous said...

Mat Sabu memuji HIZBULLAH . Sila Tengok Video ini.

Mat Sabu Mengangkat Syiah Hassan Nasrullah Hezbollah
https://www.youtube.com/watch?v=qwkcIETov_AA

Bukankah Hezbollah meneyembelih kaum sunmah wal Jamaah di Syria. Mat Sabu, kamu yg extremist kamu kata orang lain plak. Reply Replies 

By the way Majlis Fatwa kan kata Syiah tu sesat!!!!! Syiah sesat, haram untuk umat Islam dari Malaysia SHAH ALAM - Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan Syiah adalah ajaran sesat sekali gus haram diamalkan oleh orang Islam dari negara ini.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, majlis fatwa tetap dengan keputusan sebelum ini yang dikeluarkan sejak tahun 1996, di mana ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan tidak boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.

“Syiah ini adalah ajaran sesat sepenuhnya kerana ianya memang menyeleweng daripada akidah. “Bagaimanapun untuk menyatakan ia bukan Islam kita belum tetapkan, kerana kumpulan ini juga mengucap dua kalimah syahadah namun tidak mengikut ajaran sunnah. “Sesiapa rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sememangnya telah berpegang kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah sejak beratus tahun lalu haram mengikut ajaran ini, dan tindakan boleh dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik sebagai berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu. Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.

"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," katanya. Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu membenarkan pengikut Syiah asal daripada negara Islam yang lain meneruskan mazhab tersebut di negara ini. Namun, beliau berkata, ajaran mazhab tersebut tidak boleh disebarkan dan dikembang secara terang atau sulit kepada penduduk Islam di Malaysia. “Pengikut Syiah dari Iran yang datang ke Malaysia boleh teruskan mazhab mereka, tetapi tidak boleh disebarkan kepada penduduk Islam di sini.

Anonymous said...

Mari kita londeh Mat Sabu d Khianat Interview dgn Mat Sabu, SIla baca link kat bawah ni Malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/166723

"Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "

" Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat." Komen Aku: Dah la bukan kerana Islam, pakai Karl Marx plak sebagai pedoman. Nampak gaya Ibrahim Ali jauh lagi suci dari Mat Sabu. Elooo Mat Bertaubatlah kamu. Aku harap Majlis Agama seluruh Malaysia boleh ambil tindakan kepada Mat Sabu

Jesse Labu
Keadilan N9ERS

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/28/irc-sedang-susun-strategi-singkirkan-mat-sabu/ IRC Sedang Susun Strategi Singkirkan Mat Sabu ?

AIDCNews – 28/9/15 – Kumpulan IRC (Islamic Representative Council) dalam Parti Pekerja Malaysia (PPM) atau Parti Amanah Negara (PAN) sedang menyusun gerak kerja untuk menyingkirkan Mohamad Sabu daripada terus memegang jawatan presiden parti itu. Kenyataan di atas merupakan khabar angin terbaharu yang sedang berlegar di kalangan nitizen pro PAS sejak beberapa hari lalu.

IRC adalah satu organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom pada tahun 1970-an yang kemudiannya membentuk entiti rasmi di Malaysia yang dikenali sebagai JIM (Jemaah Islah Malaysia) pada tahun 1990 dan IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) pada tahun 2009.

“Satu usaha dari pergerakan IKRAM sedang disusun rapi bagi memastikan Naib Pengerusi PAN sekarang Hasanuddin Yunus mengambil alih teraju PAN selepas dilihat kumpulan Mat Sabu dan Salahuddin Ayub gagal menarik ahli PAS untuk bersama PAN. “Hasanuddin merupakan Timbalan Presiden IKRAM, 2 minggu sebelum penubuhan PAN, beliau kelihatan berada di Masjid Rusila menemui Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Dunia.

“Suka dimaklumkan 80% keanggotaan PAN sekarang adalah ahli IKRAM. Semasa pelancaran PAN @ PPM 100% persiapan digerak oleh kumpulan IKRAM. “Kita tunggu dan lihat drama seterusnya, “dedah aktivis PAS Terengganu, Roslan Abdullah. Komander Abu Suffian menambah faktor Syiah merupakan punca Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak disukai. “Ahli IKRAM tidak mahu kepada Mat Sabu sebab Mat Sabu terpengaruh dengan Syiah. Bukan aku kata tapi Aznan Hamat yang kata. hahaha. “Berebut jawatan doh ke? Belum apa-apa dah pun berebut. huhuhu,”katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails