Saturday, May 21, 2016

Bunuh KPP JAIP: ‘Tuhan Harun’ Diarah Bela Diri.


KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan ketua kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat dan lima pengikutnya mem­bela diri atas tuduhan berkonspirasi membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd. Malek pada 2013.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap keenam-enam tertuduh.
Sepanjang perbicaraan pada peringkat kes pendakwaan, seramai 54 saksi tampil memberi keterangan.
Harun, 50, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 33, pemandu pasangan itu, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan tiga pengikut iaitu Jefferi Safar, 39, Sumustapha Suradi, 41, serta Shamsinar Abdul Halim, 39, bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh melakukan konspi­rasi jenayah dengan bersetuju antara mereka membunuh Ahmad Raffli.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di No. 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini, pukul 1.50 petang, pada 10 November 2013.
Ab. Karim turut memerintahkan Shamsinar bersama Sumustapha membela diri atas satu lagi pertuduhan iaitu membunuh Ahmad Raffli pada tarikh, tempat dan masa sama. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails