Tuesday, May 17, 2016

Ini, RM52 Juta Atau Penggal Kepala.. Dari Abu Sayyaf.

MANILA – Kumpulan militan Abu Sayyaf yang memenggal kepala seorang lelaki Kanada bulan lalu mengugut akan memancung seorang lagi tebusan Barat se­kiranya wang yang diminta gagal dibayar dalam tempoh empat minggu.
Satu klip video yang disiarkan kumpulan militan itu memaparkan warga Kanada, Robert Hall dan Kjartan Sekkingstad dari Norway memakai baju-T berwarna oren dalam suasana hutan dan dikawal beberapa lelaki bersenjata yang menutup muka.
Hall berkata, kumpulan Abu Sayyaf mengugut akan membunuh sekurang-kurangnya seorang daripada mereka jika tiada bayaran dibuat menjelang 13 Jun depan.
Keterangan pada klip video itu yang diperoleh kumpulan perisikan, SITE menyatakan, Abu Sayyaf me­nuntut wang tebusan berjumlah 600 juta peso (RM52 juta) untuk pembebasan mereka.
Pada April lalu, kumpulan itu membunuh rakyat Kanada, John Ridsdel selepas tarikh akhir pembayaran wang tebusan tamat.
Ridsdel, Hall, Sekkingstad dan teman wanita Hall yang merupakan penduduk tempatan telah diculik pada 2015 dari sebuah resort di Pulau Samal, ratusan kilometer dari kubu kuat Abu Sayyaf di Pulau Basilan.
Kumpulan militan itu sebelum ini dipersalahkan kerana melancarkan keganasan paling teruk dalam sejarah Filipina.
Walaupun pemimpin Abu Sayyaf berikrar setia kepada kumpulan Islamic State, ramai penganalisis berkata, Abu Sayyaf lebih menumpukan kepada aktiviti penculikan bagi mendapatkan wang tebusan berbanding berjuang menubuhkan kerajaan khalifah.
Abu Sayyaf juga telah menahan empat rakyat Malaysia selain seorang pemerhati burung dari Belanda dan empat warga Filipina. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim
'Walaupun pemimpin Abu Sayyaf berikrar setia kepada kumpulan Islamic State, ramai penganalisis berkata, Abu Sayyaf lebih menumpukan kepada aktiviti penculikan bagi mendapatkan wang tebusan berbanding berjuang menubuhkan kerajaan khalifah.'.. Kenyataan ini tidak tepat. Betulnya, ialah "Mendanai kumpulan perjuangan mereka dengan wang tebusan adalah sebahagian dari perjuangan mereka."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails