Wednesday, May 18, 2016

Tuan Ibrahim Nafi 2 ADUN PAS Kedah Sertai Amanah.

Post Pic
SHAH ALAM: PAS hari ini menafikan dakwaan dua ADUNnya di Kedah bakal menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini pihaknya tidak ada menerima laporan mengenai perkara tersebut.

Malah beliau yakin kesemua ADUN PAS di Kedah masih setia dengan parti Islam itu.

"Hingga setakat ni saya tak ada terima maklumatlah, setahu kita tidak berlaku. ADUN-ADUN tu di samping menang wakili PAS, mereka juga terikat dengan baiah.
"Setiap ADUN kena ingat kita bukan saja untuk seketika di sini saja, baiah kita mengikat kita. Sama ada kita nak melanggar bererti kita bersedia terima apa yang kita uacpkan.
"Bagi saya, saya yakin ADUN-ADUN kita di Kedah masih kekal bersama PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Phahrolrazi
Sebuah portal berita memetik Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi sebagai berkata, dua ADUN Kedah itu ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang bakal menyertai PAN.

Tetapi Phahrolrazi berkata, kedua-duanya masih belum membuat keputusan muktamad untuk melompat parti.

Sekiranya perkara itu berlaku, Phahrolrazi tidak menolak ia akan memberi kesan kepada PAS Kedah.  (Antarapos)

8 comments:

An Anonymous said...

Pahrol ni mmg pengacau sejak zaman arwah ustaz azizan lg.. jadi selagi PAS tak jatuh selagi itulah dia ni tak senang duduk.. dulu misi dia nak UMNO menang dan dah tercapai pun..kini dia nak PAN menang plk kununnya..

Anonymous said...

Kalau depa masuk pan pun bukanya ada kesan kt kedah.. lain la kedah pas yg memerintah.. apa yg nk dirisau, next pru kasi buang la itu mangkuk..

Anonymous said...

next pru Pascai kedah akan terbuang la weh.. baiah baiah baiah bbaek punyaa..

Anonymous said...

Tukaq namaa nama parti BAIAH la. hangpa dok juai agamaa sbab tu umno dah kenci g depaa pasai hudud. hang dok sedondon dgn umno pasai dok ingat umnongok nak tolong buat hudud.
orang Pas kedah dah lamaaa dok bisek2 memang nak keluaq pon dari parti tok lebai baiah ni. Tunggu masaa laa keluaq sengap2..

An Anonymous said...

Hangpa pakat2 tak mau hudud aku tak peduli pun woi.. PAS tak rugi apa2 pun.. DAP pun tak rugi apa2 sbb kapiaq.. habis tu yg rugi sapa? Hangpa pikiaq lah sendiri!..

Anonymous said...

PARTI PAS + PARTI IKATAN =PASIK.....PAS KENA BUBARKAN ...PUNCA MELAYU ISLAM BERPECAH-BELAH DAN TERUS HIDUP DALAM KEKELIRUAN........

Anonymous said...

Pas elok jadi ngo atau tabliq saja....

Anonymous said...

Dasar pas sama saja. Sesetengah ahli pas saja yg dah tersesat sokong kapiag Dap. Pas tak rugi, islam pun tak rugi apa2 dgn beberapa kerat ahli pas yg sesat ni. Yg rugi ialah diri mereka sendiri. Langgar bai'ah, makan duit haram, isteri ( bagi adun/mp Kelantan) tertalak tiga seperti dr hatta. Pan tak percaya, tapi kami ahli pas percaya dan yakin dgn bai'ah tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails