Friday, May 20, 2016

Rafizi Dedah Rasuah 'Perempuan' Dalam Pentadbiran Sgor Di Bawah Azmin?

Transkrip WhatsApp Rafizi dedah wujud permintaan ‘perempuan’ sebagai habuan dalam kerajaan Selangor
Satu tranksrip perbualan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp yang sedang viral mendedahkan wujud permintaan ‘perempuan’ sebagai habuan dalam berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Rafizi dalam perbualan tersebut mengatakan menerima aduan selain wang yang diminta dalam urusan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan perempuan.
“Semalam saya mendapat laporan dan aduan dari orang bona fide bahawa selain dari wang sekarang ini ada juga permintaan ‘perempuan’ bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan).
“Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat,” tulis Rafizi dalam kumpulan WhatsApp, Solidariti For Anwar yang dilihat The Malaysian Mirror.
Menurut Rafizi, perkara tersebut sudah menjadi perbualan orang ramai mengenai isu wang dan perempuan semasa berurusan dengan kerajaan Selangor.
Dalam perbualan tersebut juga, Rafizi berkata beliau lebih bimbang mengenai soal dosa dan pahala, bukan semata-mata mementingkan strategi politik sahaja.
“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan lain-lain.
“Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK sejak saudara Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” katanya.
The Malaysian Mirror menyertakan sama transkrip perbualan tersebut yang sedang viral.
Rafizi yang dihubungi enggan memberikan komen dan menjawab “tiada komen” menerusi pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Mirror. (The Malaysian Mirror)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails