Saturday, May 21, 2016

Konsert Search Di Sepang Batal..

 Search batal kerjasama, mungkin saman penaja
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Konsert Search 35 Tahun yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Se­langor pada 30 Ogos depan dibatalkan selepas kumpulan rock legenda itu menamatkan kerjasama mereka dengan penganjur konsert tersebut, AF Jets Sdn. Bhd.
Vokalisnya, Suhaimi Abdul Rahman, 57, atau lebih dikenali sebagai Amy berkata, kerjasama itu ditamatkan selepas syarikat tersebut mengamalkan sikap tidak profesional sepanjang berurusan dengan mereka.
Menurut Amy, notis pembatalan tersebut telah dihantar melalui peguam Search, Yusmadi Yusoff daripada Fahda Nur & Yusmadi pada 19 Mei lalu.
“Tindakan Ketua Pegawai Eksekutif AF Jets, Amrul Nizar Anuar dalam memberikan kenyataan kepada pihak media berhubung kemelut Search dan Yazit boleh dianggap seperti mencurah minyak ke dalam api.
“Kenyataan tersebut boleh menimbulkan fitnah dan salah faham dalam kalangan ahli Search sendiri.
“Sebagai penganjur, dia sepatutnya mengawal keadaan, bukan memburukkan suasana. Jadi, kami mengambil keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan dalam penganjuran Konsert Search 35 Tahun,” katanya pada pada sidang akhbar di sini semalam. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails