Saturday, November 21, 2015

Raja Perlis Kesal Tv Siar Program Melalaikan. Ibnu Hasyim Sokong.

WEBLOG Ibnu Hasyim menyokong penuh titah Raja Perlis, seperti berita di bawah ini..
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa kurang senang baginda mengenai program dan acara berunsurkan hiburan dan melalaikan yang lebih banyak disiarkan oleh televisyen berbanding program agama.
Baginda bertitah walaupun program-program dan kelas penghayatan Islam banyak disiarkan di televisyen dan masjid-masjid namun program hiburan yang keterlaluan lebih banyak disiarkan.
"Saya berharap jabatan dan agensi agama Islam, para pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha mengadakan lebih banyak program dan gerak kerja memperkasa akidah dan akhlak umat Islam negara ini.
"Penganjuran kelas tadabbur al-Quran dalam kumpulan kecil yang membincangkan pengajaran yang terkandung dalam al-Quran hendaklah dihidupkan untuk membuka minda umat Islam mengenai realiti kehidupan dengan mesej kalimah suci daripada Allah SWT," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah merasmikan program 'Perkampungan Sunnah Sesi Kedua 2015' anjuran Jabatan Mufti Perlis dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Alwi di Kangar malam tadi.
Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Negeri, Khairi Hassan turut hadir.
Baginda merakamkan penghargaan kepada Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana sering memberikan hujah dan pandangan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah terhadap isu-isu yang membelenggu umat Islam.
"Khazanah ilmu dalam al-Quran sangat luas, tepat dan penuh dengan fakta-fakta saintifik tetapi al-Quran bukanlah buku teks atau buku rujukan yang menyenaraikan fakta-fakta sains dan sejarah semata-mata," titah baginda.
Azlan dalam ucapannya sebelum itu berharap program tersebut memberi kesempatan kepada orang ramai khususnya rakyat Perlis menambah ilmu sejajar dengan hasrat kerajaan negeri.
Perkampungan Sunnah kali kedua itu bertemakan 'Al-Quran Khazanah Pengetahuan' berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini.
Program pertama Mei lepas mendapat sambutan di luar dugaan.
Bernama

Komen Weblog Ibnu HasyimHiburan perlu dinikmati secara baik yang jauh daripada perbuatan cela. Ia adalah bentuk hiburan dinyatakan Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud: 
  • “Seorang yang berakal tidak selayaknya menghabiskan waktu kecuali untuk tiga perkara iaitu mencari bekalan akhirat, memperbaiki taraf hidup atau menikmati hiburan tidak diharamkan.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban). 
Sifat sentiasa ingin menikmati hiburan adalah kesalahan dan jika dibiarkan berterusan pasti dosa akan berganda. Benar sekali, hiburan memang dekat dengan masyarakat kita. Konsep hiburan dalam Islam adalah untuk mencapai ketenangan dan kepuasan. Dalam skop yang lebih luas, ia dapat memelihara diri serta berasa damai dengannya. 

Hiburan sebaiknya dibangunkan dalam acuan yang sederhana, objektif yang jelas, positif, terkawal dan mempunyai ciri bersifat mendidik tanpa melampaui batas. Ali RA mengibaratkan hiburan dalam hidup seseorang seperti garam dalam makanan; cukup dipergunakan sekadarnya saja. Apabila berlebihan, ia akan merosakkan. Tidak kiralah siapa kita, yang penting mampu mempamerkan dan membawa perubahan baik kepada agama Islam. 

Lebih bermakna, matlamat untuk membawa orang ramai menghayati dan mendekati ajaran Islam sebenar. Masyarakat perlu bijak memilih saluran yang betul dan tidak boleh menikmati hiburan yang membawa kemaksiatan. Penghasilan satu produk filem atau drama perlu bermutu sesuai dengan kehendak Islam. Sekiranya ia diamalkan, golongan berkenaan pasti mendapat ganjaran baik di sisi Allah SWT kelak. 

Apabila masyarakat terkesan dan membawa perubahan lebih baik dalam kehidupan mereka, maka industri ini mampu menjadi wadah perjuangan Islam yang murni. Begitu juga jika bercanggah dengan syariat Islam, ia membawa keburukan kepada masyarakat. 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: 
  • “Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak menguranginya sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka”. (Hadis riwayat Muslim Abu Daud dan Tirmizi) 
Hiburan yang keterlaluan mampu menggugat kekuatan iman masyarakat terutama mereka yang lemah pegangan agama. 

Firman Allah yang bermaksud: 
  • “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan dan sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik orang-orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An’am ayat 32) 
Keruntuhan akhlak remaja masa kini juga berkait rapat dengan hiburan melampau. Bagaimana caranya dengan kepelbagaian saluran hiburan mampu membina masyarakat? Karya seniman melalui bidang kesenian mesti mampu mengangkat kesedaran ke arah keharmonian cara hidup manusia yang bertamadun. 

Firman Allah yang bermaksud: 
  • “Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi, dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan”. (Surah al-Qasas ayat 77) 
Justeru, menjadi cabaran dan tanggungjawab fardu kifayah golongan seniman melakukan kajian, penilaian dan kritikan terhadap hasil kerja mereka. Golongan artis yang menjadi ikutan remaja perlu sentiasa menjaga tingkah laku mereka sesuai dengan budaya masyarakat Timur, menjaga tatacara berpakaian supaya tidak nampak keterlaluan serta menjaga pertuturan dalam memperkatakan sesuatu perkara. 

Seharusnya hiburan tidak dicemari dengan hal diharamkan syariat. Ini kerana hiburan yang pada dasarnya diharuskan syarak berubah menjadi haram akibat ‘ternoda’ dengan perkara bertentangan nilai agama dan sosial. Faktor keruntuhan kebanyakan tamadun Islam pada zaman dahulu berpunca daripada masalah berkaitan hiburan yang melampau. Keruntuhan khalifah Abbasiyyah kerana mereka tidak pernah terlepas daripada gaya hidup hedonisme, suka berfoya-foya dan bermewah-mewahan. 

Sebagai pengajaran, apa saja bentuk hiburan dibawa perlu kepada mesej berguna yang bertujuan menyedarkan masyarakat. Elemen seperti memfitnah, mengaibkan individu, perlakuan maksiat, pemujaan serta permusuhan perlu dihindarkan. Konsep ‘mencari’ hiburan dalam memenuhi tuntutan nafsu perlu dielakkan. Kesan hiburan itu sendiri perlu kembali kepada Islam yang jelas membezakan perkara halal atau haram. 

Firman Allah yang bermaksud: 
  • “Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk).” (Surah al-A’raf, ayat 157) 
Kita perlu mewujudkan jaringan hiburan yang sesuai dan terpisah daripada pengaruh Barat. Hiburan yang diketengahkan Barat terlalu sarat dengan unsur lucah berlebihan, meminum arak, lelaki berimej samseng yang ternyata jauh tersasar daripada peradaban manusia. Produk mereka hasilkan adalah alat yang menyelinap secara halus dalam misi untuk menghanyutkan umat Islam. Jika tidak dikawal, amat mudah umat Islam terjerumus ke lembah kefasikan. 

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadhlan Mohd Othman berkata, hiburan dalam Islam adalah sebagai meraikan keadaan dan kelemahan manusia. 

“Islam memberi ruang kepada manusia untuk bergembira dan berhibur asalkan bertepatan dan mengikuti garis panduan yang didasari syariat. 
“Contohnya dalam bidang lakonan, ulama berbeza pendapat dengan menetapkan dua syarat iaitu membenarkan dengan syarat dan melarang sama sekali,” katanya. 

Beliau berkata, dalam lakonan tidak boleh memaparkan sama sekali watak syaitan, Firaun, Tuhan, haiwan, lelaki berwatak perempuan atau sebaliknya. 

“Semua perlu mengetahui bahawa tidak boleh melakonkan watak yang memperlekehkan Allah, ayat Allah dan syiar kehebatan Allah walaupun berhujah untuk mendidik orang ramai atau ia dilakukan secara gurauan. 
“Selain itu, jika ada babak yang perlu melakonkan watak orang sedang bersembahyang atau membaca al-Quran, ia perlu dilaksanakan dengan sempurna,” katanya. 

Fadhlan mencadangkan supaya di Malaysia diwujudkan badan syariah khas syarikat perfileman jika mahu menghasilkan produk yang berkualiti yang digariskan Islam. 

“Perlu ada panel syariah yang berperanan menerapkan nilai ilmu dan dakwah yang memurnikan akidah, ibadah dan akhlak,” katanya. 

Beliau berkata, tiba masanya industri seni di negara ini menggiatkan usaha Islamisasi supaya bidang itu dapat memberi sumbangan besar dalam usaha dakwah. 

“Ada saranan supaya golongan ulama perlu turut sama terbabit dalam bidang ini yang bertindak sebagai pencetus idea serta nasihat dalam memperbaiki kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku. 
“Tidak hanya melemparkan kritikan tetapi golongan ulama perlu bersedia dengan idea murni mereka,” katanya. 

Sementara itu, aktivis sosial, Dr Muhaimin Sulam berkata, filem mempunyai nilai yang mampu menjana ekonomi sesebuah negara. 

“Filem mampu mengembangkan industri hiliran seperti fesyen dan komputer. Sebuah filem Islam tidak perlu kepada unsur dan perwatakan mesti memakai kopiah, berjanggut dan menggunakan simbol atau istilah Arab. 
“Yang penting, semua yang terkandung dalam skripnya perlu menyedarkan orang ramai mengenai kebenaran. Penggiat yang minat menghasilkan filem perlu daripada kalangan mereka yang mempunyai kepakaran yang mendalam terutama dalam penghasilan skrip,” katanya. 

Dengan itu Weblog Ibnu Hasyim menyokong penuh titah Raja Perlis, seperti berita di atas, sesuai dengan matlamat dakwah blog ini, bermoto..  'Sampaikan...walau 1 ayat'. 
Al-hamdulillah!

3 comments:

Anonymous said...

BAGAIMANA YAHUDI ZIONIS MENGGUNAKAN INDUSTRI HIBURAN UNTUK MENYESATKAN MANUSIA.

Industri hiburan yang terbesar dikuasai dan digunakan oleh Yahudi-yahudi Zionis untuk mempromosi hedonisme(budaya yang mementingkan keserokan dan kesenangan) memusnahkan akhlak (moral), budaya dan agama manusia bukan Yahudi dan menggalakkan budaya lucah dan maksiat dan jenayah dan menyebarkan propaganda Israel untuk menfitnah dan memburuk-burukkan orang Islam dan agama Islam.

90% daripada pemilik industri video dan filem lucah (porn) dan acara tidak bermoral di Amerika Syarikat adalah terdiri dari orang Yahudi Zionis. Pemilik-pemilik industri lucah (porn) ialah Reuben Sturman,Al Goldstein, Seth Warshavsky, Steve Hirsch, Nina Hartman (Hartley), Mal Warub dll. Hollywood yang dikuasai oleh Yahudi Zionis sedang digunakan untuk mempromosi pertukaran isteri, zina, lesbian, homosek, pedophilia, pertukaran jantina, penyalahgunaan dadah dan arak dll dan menghancurkan akhlak (moral) orang-orang bukan Yahudi.

Yahudi Zionis juga membiayai pertubuhan-pertubuhan yang tidak bermoral untuk menyokong dan mempromosi menyokong LGBT. Media massa Zionis juga telah berjaya brainwash manusia sejak dari zaman kanak-kanak untuk menerima aktiviti-aktiviti tidak berakhlak sebaga perkara biasa dan Israel sebagai sebagai negara Yahudi Zionis.

Yahudi-yahudi Zionis seperti Gloria Steinem, Betty Friedan, and Susan Sontag dll telah berjaya menghasut dan mempengaruhi sebahagian besar perempuan di Amerika Syarikat untuk membenci perkahwinan, lelaki dan keluarga di mana perempuan yang dipengaruhi akan menganggap perkahwinan dan membesarkan anak-anak adalah satu bentuk perhambaan kepada wanita. kejahatan Yahudi Zionis ini berjaya meruntuhkan rumatangga orang-orang bukan Yahudi di Barat.

Drama-drama Melayu dan pelbagai hiburan-hiburan yang melalaikan dan mengandungi unsur-unsur maksiat yang bertentangan dengan Islam di negara ini adalah tanda-tanda jelas pengaruh Yahudi Zionis telah merebak ke industri hiburan negara ini melalui proksi-proksi Zionis yang bertujuan menggalakkan orang ramai menerima budaya maksiat sebagai amalan yang boleh diterima oleh masyarakat dan menjauhkan umat Islam dari ajaran agama Islam.

Kepada semua orang-orang Islam, kembalilah kepada ajaran Islam dan patuhilah perintah Allah dan Rasul-Nya supaya Allah memberkati kehidupan kita dan kita semua selamat dan sejahtera di dunia dan akhirat.

".....Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Al-Maaidah 5:3)

Anonymous said...

Salam Pak Ibnu,cerita seks dan foto bugel dah tak ada lagi ke.

Anonymous said...

Macam ni punya cerita ada bagus taklah macam selalu ada cerita lucah dan gambar memberahikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails