Thursday, November 19, 2015

Caci Islam,UNICEF Dapat Duit, Melalui Wanita Muslim Ini..

JOM KREATIF
Lihat berita ini..
SYDNEY – Seorang wanita Islam Australia sudah mendermakan hampir A$1,000 (kira-kira RM3,113) kepada badan amal, selepas berikrar memberi A$1 (RM3.10) setiap kali menerima mesej berbaur kebencian kepada Islam di Twitter.
Susan Carland, yang juga pengajar di Universiti Monash di Melbourne, menulis menerusi laman sosial itu pada 22 Oktober bahawa beliau sedia menyumbang derma kepada UNICEF setiap kali menerima komen jahat atau troll.
“Sumbangan derma telah hampir mencecah paras A$1,000. Demi kanak-kanak yang memerlukan… terima kasih kepada semua pembenci!” kata beliau yang dipetik oleh agensi berita antarabangsa AFP pada Selasa.
Carland berkata, beliau sebelum ini ‘menyekat’ perhubungan dengan troll atau mereka yang menulis komen berbaur kebencian, tetapi beberapa bulan lalu, beliau memutuskan untuk menguruskan sendiri situasi berkenaan.
Caranya pula jelas beliau, cukup unik dengan membuat sesuatu balasan yang lebih baik, namun masih lagi berlandaskan kepada batasan ajaran agama Islam seperti termaktub dalam kitab sucinya, Al-Quran.
“Saya rasa saya perlu aktif melakukan perkara baik di dunia ini untuk setiap mesej kebencian yang saya terima di Twitter,” menurutnya dalam tulisan beliau untuk agensi akhbar tempatan terkenal, FairFax Media.
Carland berkata, setiap Muslim nampaknya menarik perasaan benci dalam kalangan masyarakat netizen, malah antara mesej diterimanya termasuk mahu beliau cepat mati, kutuk gaya fesyennya dan tuduhnya pengganas.
Beliau yang pernah dinobatkan sebagai antara 500 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia pada 2009 kini menjadi pensyarah pengajian sains sosial dan politik Universiti Monash. – Agensi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu teknik kutipan derma yang menarik, sesuai untuk memperkenalkan Islam yang sebenar.

Lihat sebelum ini..E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
IBNU HASYIM/Muaz Jabal - 014 2225865
Wasap no 0182018342 (Muaz Jabal) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails