Thursday, November 19, 2015

Paris: Ini, Video Penyerang Ke 9.. -AFP


PARIS – Pasukan penyiasat memperoleh satu rakaman video yang mengesahkan terdapat penyerang kesembilan antara sekumpulan lelaki yang melepaskan tembakan di beberapa buah bar dan restoran di Paris, lapor satu sumber keselamatan kepada agensi berita AFP kelmarin.
Klip video itu memaparkan lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu melarikan diri bersama penyerang Paris, Salah Abdeslam, 26. Namun, dia juga berkemungkinan merupakan salah seorang daripada dua suspek yang kini ditahan di Belgium kerana bersubahat dalam serangan berdarah tersebut.
Polis Perancis dan Belgium melancarkan operasi besar-besaran untuk memburu Salah kerana penglibatannya dalam serangan terburuk dalam sejarah Perancis pada Jumaat lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 129 orang terbunuh.
Salah dipercayai telah melarikan diri selepas menambak mati orang awam di beberapa bar dan kafe di sekitar Paris bersama abangnya Brahim Abdeslam yang kemudiannya meletupkan diri di luar sebuah bar di Boulevard Voltaire.
Rakaman itu menunjukkan terdapat suspek ketiga di tempat duduk belakang sebuah kereta hitam jenis Seat bersama dua beradik terbabit, sekitar 9.32 malam ketika mereka menembak mati lima mangsa di depan bar A La Bonne Biere, jelas sumber dalaman berkenaan.
Video itu turut memaparkan mereka menembak mangsa dari dalam kereta tersebut. Kenderaan itu kemudiannya ditemui ditinggalkan di Montreuil, timur Paris bersama tiga laras raifal jenis Kalashnikov.
Lelaki ketiga di dalam kereta itu belum dikenalpasti, jelas satu sumber lain dalam pasukan penyiasat berkenaan, tetapi sumber tersebut tidak menolak kemungkinan suspek baharu itu telah melarikan diri.
– AFP

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails