Wednesday, November 18, 2015

Paris Bergegar Lagi, Wanita 'Letup Diri', 5 Dicekup

PARIS – Sekurang-kurangnya lima ditahan pada Rabu untuk disoal siasat polis Perancis di bahagian utara negara itu susulan serbuan ke atas militan IS yang disyaki dalang serangan di 6 lokasi di Paris pada Jumaat minggu lalu.
Demikian menurut pejabat pendakwa raya Paris. Seorang wanita bagaimanapun berjaya mengelakkan dirinya daripada ditahan dengan sengaja meletupkan dirinya sendiri di rumahnya sewaktu serbuan berkenaan dilakukan.
“Tiga lelaki bersembunyi dalam sebuah apartmen berjaya ditangkap,” menurut pejabat pendakwa raya. Seorang lagi lelaki dan wanita yang berada di kawasan apartmen, lokasi para penyerang bersembunyi juga disoal siasat.
Polis dilaporkan terlibat dalam kejadian tembak-menembak yang berlarutan di Saint-Denis utara Paris awal pagi Rabu, tempat seorang militan warga Belgium suspek dalang serangan berdarah dipercayai cuba bersembunyi.
Kejadian berbalas-balas tembakan dalam satu operasi anti-pengganasan yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Perancis itu menyebabkan rakyat negara Eropah tersebut kembali dilanda ketakutan dan cemas keterlaluan.
Stadium Stade de France, lokasi pengebom nekad meletupkan bom pada Jumaat lalu, juga terletak di kawasan yang sama dan menurut sumber polis, beberapa orang lelaki sedang bersembunyi di dalam sebuah apartmen.
Serbuan secara mengejut ke atas kumpulan lelaki tersebut diteruskan oleh pihak polis. Stesen televisyen Perancis, BFMTV menyatakan ada beberapa orang anggota polis tempatan turut cedera dalam operasi nekad berkenaan.
Sumber-sumber polis juga memberitahu agensi berita Reuters bahawa operasi paling berbahaya itu ada kaitan dengan operasi intensif memburu mereka yang terlibat dalam serangan berdarah di Paris pada Jumaat lalu.
Pada Selasa, para penyiasat di Perancis berkata bukti yang diperoleh hasil dari rakaman video meningkatkan lagi kebimbangan bahawa dua lelaki bersenjata dalam serangan Jumaat lalu masih berjaya bebas lagi berkeliaran. – Agensi



Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails