Thursday, November 19, 2015

Parti Islam Australia Ditubuhkan, Muslim Perlu Suara Kuat..

Parti ini ditubuhkan kerana adanya penilaian bahawa komuniti muslim Australia tidak punya suara kuat dalam perdebatan awam.

Parti politik yang mewakili masyarakat muslim Australia akhirnya dibentuk di Sydney. Parti ini bertekad memenangi kerusi Senat pada Pilihan raya akan datang, sehingga umat muslim punya wakil di pentas politik nasional Negeri Kanguru itu.

Parti itu diisytiharkan oleh Diaa Mohamed, lelaki yang berasal dari Australia Barat. Dia optimis akan mendapatkan 500 orang anggota agar boleh mendaftar untuk masuk dalam bursa pemilihan anggota senat.

Diaa Mohamed berkata, parti ini ditubuhkan kerana adanya penilaian bahawa komuniti muslim Australia tidak punya suara kuat dalam perdebatan awam.

"Mungkin hal itu disebabkan kerana kita tidak tahu bagaimana caranya, atau kita sedikit terlalu terpisah-pisah, jadi semoga saja dengan hadirnya Parti Muslim Australia ini akan memberikan kita peluang agar suara kita lebih terdengar," kata Mohamed, sebagaimana dikutip Dream dariRadio ABC Australia, Selasa 17 November 2015.

Deklarasi partai ini hampir saja dibatalkan, menyusul insiden serangan di Paris, Perancis, pada Jumaat minggu lalu. Namun Diaa menilai justru saat inilah masa yang tepat untuk mengisytiharkan parti ini.

"Ada banyak soalan yang mencuat beberapa hari ini berkaitan peristiwa yang terjadi belakangan ini dan inilah sebenarnya alasan mengapa kita perlu menubuhkan parti ini," kata dia.

Diaa menambah, parti ini ditubuhkan juga sebagai bentuk respons daripada peningkatan aktiviti politik yang menentang Islam. "Pada masa ini ada 4 atau 5 parti anti-Islam yang dibentuk dan kami berfikir kita perlu melakukan sesuatu untuk menangani perkara itu," tutur Diaa.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS Australia kini ditubuhkan, iaitu Parti Islam Se Australia. (IH)

Lihat sebelum ini..
IBNU HASYIM/Muaz Jabal - 014 2225865

Wasap no 0182018342 (Muaz Jabal) 

2 comments:

Anonymous said...

KITA SOKONG PENUBUHAN PARTI ISLAM DALAM NEGARA KAFIR KERANA HANYA ORANG ISLAM SAHAJA YANG IKHLAS MEMBELA ORANG ISLAM DI NEGARA KAFIR !

Kita perlu memilih pemimpin dikalangan orang Islam. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila tiga (orang Islam) keluar dalam satu perjalanan maka hendaklah mereka melantik seorang daripada mereka menjadi ketua ”. (Hadis riwayat: Abu Daud).

Ibnu Hasyim said...

T.kasih. Pandangan yang mantab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails