Wednesday, November 25, 2015

PAN Istihar Tanding P Gombak Milik Azmin Ali.





Ceramah Perdana PAN malam tadi di Dewan Orang Ramai AU2 Taman Keramat yang turut di hadiri 


  • Pemimpin Ulung DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah YB Lim Kit Siang, 
  • Penasihat Umum PAN Ustaz Ahmad Awang, 
  • Timbalan Presiden PAN Sdr Salahuddin Ayub, 
  • Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, 
  • Pengerusi PAN Kelantan Dato' Wan Rahim Wan Abdullah, 
  • Timbalan Pengerusi PAN Selangor yang juga ADUN Hulu Kelang YB Hj Shaari Sungip telah membuat pengumuman yang mengejutkan bahawa PAN akan bertanding di parlimen Gombak yang kini disandang Timbalan Presiden PKR yang juga Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali.

Agak pelik bin hairan kerana sejak penubuhan Pakatan Harapan terdiri dari PKR,DAP dan PAN yang dibuat secara gelojoh dan terburu-buru pada 22hb September lalu tidak lagi membincangkan pembahagian kerusi yang ditandingi pada PRU ke-14 namun mengapa Timbalan Pengerusi PAN Selangor tanpa segan sili dan malu tebal muka boleh tergamak dan sanggup mengisytiharkan bahawa pada PRU ke-14 nanti PAN akan bertanding di Parlimen Gombak kawasan parlimen Azmin Ali.


Pengumuman dibuat didepan Lim Kit Siang, Ustaz Ahmad Awang, Salahuddin Ayob dan beberapa pemimpin tinggi PKR. Apa motif sebenarnya pengumuman diumumkan dikawasan parlimen Gombak sendiri malam tadi.

Apakah ini ada kaitan dengan keengganan Azmin Ali mengiktiraf Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan??? ... Adakah ini sebagai cara nak ambil hati pemimpin ulung DAP yang sudah pun menjadi rahsia umum agak kurang senang dengan pendirian Azmin Ali selaku MB Selangor yang masih bertegas betapa kerajaan Selangor sedia ada bersama PAS masih berfungsi dan tidak ada keperluan ianya diubah????

Mungkin kebiadapan dan luar dari amalan biasa sesuatu komponen dalam gabungan parti membuat pengumuman untuk tanding kerusi parlimen disandang oleh pihak kawan lebih-lebih lagi kalau kerusi itu diwakili pemimpin tertingginya berjawatan sebagai Timbalan Presiden sebagai cara mau menghantar mesej jelas tapi keras betapa PAN sudah bersedia bertempur dengan PKR jika keadaan memaksa apabila permintaannya tidak dipertimbangkan????

Walau apa pun tafsiran dan andaian dibuat tetapi suatu yang jelas ialah PAN ini parti yang sudah pun terbentuk suatu persepsi dalam minda rakyat adalah sebuah parti yang pelahap kuasa dan gelojoh dalam banyak tindak tanduknya dan sanggup buat apa sahaja waima memijak kaki dan tikam belakang kawan demi mengisi dan mencapai nafsu serakah politiknya.

2 comments:

XUMNO said...

Parti Amanah PAN(***) sedari sebelum penubuhan lagi adalah terdiri daripada budak2 suruhan Dap yang berangan2 akan dapat habuan dilantik jadi MB jika Dap dapat majoriti di sesebuah negeri dalam pru14 nanti.Parti serpihan ini tak ubah seperti Cawangan Dap, sanggup menggadai maruah bangsa dan agama kerana pelahap kuasa. Diharap PKR buka mata sekarang kenapa Pas tidak mahu bersekongkol dengan parti rasis cina ini.Lihat tindakan biadap Dap terhadap wakil2 rakyat PKR di P Pinang untuk memahami niat sebenar mereka di Selangor.Kepada blogger2 yang taksub sangat dengan Pakatan Haprak tentu terkejut beruk dengan oengumuman Saari Sugip kan?

Anonymous said...

mungkin diorang dapat info azmin jual pil kuda kot?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails