Friday, November 27, 2015

Krisis DAP Kedah Tiada Penyelesaian? Kit Siang Enggan Ulas.


ALOR SETAR - Krisis melanda DAP Kedah sejak dua tahun lalu yang didakwa berpunca dari campur tangan pihak ketiga kini seolah-olah tiada penyelesaian.

DAP Kedah mempunyai dua jawatankuasa apabila satu daripadanya mengakui diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan satu lagi dilantik oleh jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.

Usaha pengamal media mendapatkan penjelasan dari Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung isu itu bagaimanapun tidak kesampaian.

“Saya tidak mahu komen isu itu,” katanya kepada media selepas melawat Pasar Koboi dan hadiri sembang santai bersama masyarakat di sebuah kedai kopi dekat Jalan Tengku Abdul Halim di sini, hari ini.

Konflik parti itu timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan dalam mesyuarat pemimpin pusat DAP untuk melantik Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah pada Mei 2013. Pelantikan itu menyebabkan wujudnya dua jawatankuasa termasuk yang dipengerusikan bekas Adun Kota Darulaman, Lee Guan Aik pada ketika itu.

Pada Ogos 2013, Guan Aik dalam satu sidang media memaklumkan menerima surat pengiktirafan dari ROS yang mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi DAP Kedah.

Mesyuarat agung tahunan (AGM) DAP Kedah pada Jun 2014 menyaksikan Guan Aik tidak mempertahankan jawatan dan disandang oleh Tan Chun Ping.

Jawatankuasa Interim DAP Kedah pula menyaksikan Adun Derga, Tan Kok Yew dilantik sebagai pengerusi baharu menggantikan Zairil dalam AGM.

Masing-masing akan mengadakan AGM parti itu secara berasingan iaitu pada 13 November (jawatankuasa lantikan CEC) dan 11 Disember (akui disah oleh ROS).

2 comments:

Anonymous said...

Inilah namanya politik tokong.sila walak jgn byk cakap nanti jd pembelot mcm adun pkr

Anonymous said...

Banyak sangat dah walaun terkena penyakit wala bawaan PAS ni sudah jadi wabak wala

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails