Monday, November 23, 2015

DAP Jaja Nama Anwar Tiada Bukti - PAS S'gor


Post Pic

SHAH ALAM: DAP perlu membuktikan dakwaan kononnya bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merestui pembentukan Pakatan Harapan (PH) tanpa penyertaan PAS.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, tindakan DAP yang menjaja nama bekas ketua pembangkang itu turut dilihat hanya mahu menimbulkan provokasi.
"Cuma alasan-alasan yang mengatakan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP dalam satu gabungan, dia (DAP) perlu buktikan perkara itu, kita (PAS) tidak pula dengar perkara itu," katanya kepada Antarapos.
Beliau mengulas dakwaan bahawa Anwar menyokong PKR dan Amanah bekerjasama tanpa PAS walaupun berada dalam penjara.
Teo berkata, keyakinannya itu kerana PAS sudah pun memungkiri janji dan membelakangkan polisi yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat dahulu.
Beliau mendakwa kononnya DAP tidak mahu mencampuri urusan masalah dalaman PAS tetapi mendakwa PAS sendiri yang merosakkan hubungannya dengan PKR dan DAP.
Bahkan Teo berkata, PH bukanlah tempat untuk pemimpin yang hipokrit.
Susulan kenyataan Teo yang dilihat ekstrem itu, Khairuddin meminta supaya DAP tidak terlampau celupar dengan kenyataan yang tidak berasas itu.
"Kalau DAP hendak main tuduh-menuduh, kita juga boleh mengatakan bahawa DAP ada juga perkara yang dimungkiri, ada yang telah dimungkiri oleh DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Tetapi kalau alasan itu hendak dijustifikasikan dan tendang PAS keluar, kita tahu pendirian DAP daripada awal lagi daripada awal pun memang tidak sukakan kita dan rakyat boleh menilai," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairuddin juga turut meminta supaya DAP berhenti menuduh mana-mana individu yang dilihat tidak menyebelahi mereka.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan lima ADUN PKR yang mengambil sikap berkecuali dalam proses pengundian usul dikemukakan pembangkang di DUN Pulau Pinang.
"Saya melihat DAP ini tidak mahu menyelesaikan masalah.
"Dia hendak memanjangkan cerita dan rakyat akan muak dengan tindakan ini dan yang terbaru dalam ucapan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, tetapi apa yang dilaporkan oleh media, seolah-olah apa yang dilaporkan kalau tidak menyokong DAP itu sudah jadi Umno sudah..
"Lima ADUN PKR dan satu ADUN DAP tidak menyokong usul tersebut," kata Khairuddin.
Bahkan Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras berkata, bukan sahaja PKR terkena tempias DAP yang suka label-melabel, bahkan PAS yang sudah tidak bersama parti itu juga mengalami nasib yang sama.
"Sebab itu saya kata DAP ini dia hendak main label-melabelkan orang maknanya. Dia hendak semua orang supaya tunduk kepada dia sedangkan dia mengakui dalam kerjasama tahalul siyasi dan kerjasama parti politik.
"Tidak sokong dia sahaja sudah label sebagai Umno, tidak boleh ditegur. Kita yang di Selangor ini pun menyokong calon Senator DAP di Selangor, PAS menyokong sepenuhnya 100 peratus kita sokong pun, kita dilabel sebagai orang jahat," katanya lagi.
(Dicatat oleh 

1 comment:

Anonymous said...

Mengapa keluarkan kenytaan sedemikian rupa.?Rakyat tambah keliru,DAP nak jaja nama Anwar ke tak jaja nama Anwar ke tak jadi masaaalah KERANA dari mula Mat Sabu tubuh parti baru nak tunjuk keinginan untuk bersma Pas ,macam2 jemputan agar Pas bersma pakatan harapan .Mengapa peminpin tertinggi Pas sentiasa menolak? malahan menghina peminpin Amanah dengan lebel Pengkhianat/Kau tak sedra ke? eh kau ni macam telan pil kuda je? Di luar Pas serang DAP macam orang gila tetapi bila di tanya bagaiman bolih dengan DAP di Selangor ,jawapanya kerana DAP di Selangor ada wuduk.kah.kah.bodohnya peminpin Pas ni setelah di uji dengan harta dunia.tergolek kau.baru tahu ye.kehebatan DAP yang secra tak sedra menjadikan Pas sebagai babi tunggnagn DAP.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails