Tuesday, November 24, 2015

Gabungan PAS-Umno Hanya Meroyan Guan Eng.. - Ir Khairil Nizam Khirudin

PETALING JAYA: Sayap Pemuda PAS menempelak Lim Guan Eng berhubung dakwaan berpanjangan Setiausaha Agung DAP itu kononnya PAS dan Umno akan bergabung.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, DAP sengaja menggunakan isu berkenaan sebagai senjata untuk 'menyerang' parti Islam itu yang kini bergerak sendirian.

"Hampir tujuh tahun berlalu, gosip PAS bergabung dengan Umno dimainkan. Namun PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan Umno seperti yang dicita-citakan Guan Eng.

Khiaril Nizam Khirudin
"Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan Umno berbanding orang PAS sendiri, mereka pula yang lebih ghairah bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka.

"PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan Guan Eng yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam muktamar lepas melalui rakan-rakan politiknya dalam Parti Amanah Negara sekarang telah menemui kegagalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Selain itu menurut Khairil Nizam, serangan tanpa henti DAP terhadap PAS juga didorong oleh dendam dalam isu pemilihan menteri besar Selangor.

"Kini mereka mahu membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang tujuh tahun difitnah, PAS kekal bersama mempertahankan kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan kerajaan Perak yang digulingkan dan menyokong dasar-dasar positif kerajaan Pulau Pinang.

"Namun semua itu mereka padamkan daripada sejarah hanya kerana dendam selepas PAS menolak calon menteri besar Selangor pilihan DAP dan PKR," katanya.

Dalam pada itu Khairil Nizam turut mencabar DAP supaya bersemuka dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang seperti yang disuarakan oleh segelintir pemimpin parti berkenaan.

"Marilah bertanding demi melunaskan dendam kesumat. Penyakit orang gila seperti ini yang hanya mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan kehendak rakyat seperti dalam isu menteri besar Selangor bakal memberikan kerugian kepada diri mereka sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada Umno dan BN.

"DAP jelas tiada isu nak dibangkitkan untuk menyerang PAS melainkan gosip PAS bergabung dengan Umno," katanya. (mStar)

5 comments:

Media Sensasi said...

Tunggu dan lihat jela.. harap msia tak jatuh ke tgn cina lahat nie

Anonymous said...

biarkan Guan Eng meroyan ,tetapi tak jejaskan harpan dan tujuan presiden kita untuk bersama Umno,kiat harap presiden kita terus berusaha untuk bersama Umno demi Melayu.saya ahli biasa cuma terasa pelik sikit sebab kita di Selangor masih bersama DAP kapir.jadi tuan Ibn Hasyim rasa bagaimana cara untuk kita bolih tidak bersma kapid DAP di Selangor ni.

KopiO said...

Assalamualaikum

Tuan,
Mohon jasa baik pihak tuan utk add laman kami http://www.themalaysianview.com di bloglist tuan..
Segala jasa baik tuan kami ucapkan jazakallah khairan jaza'

Terima kasih
Wassalam

bat8 said...

Tuan Haji

Bukti usaha UG ni dah lebih dari terang. Nak tutup, nqk pusing macamana pun xtertutup. Cerita UG selepas PRU 2008 didedahkan sendiri ol3h Paklah. K3mudian Husam pula mendedahkan pengakuan HH dalam mesyuarat raemi JKKP pada 25.8.2014. Sekarangpun kita yqng peka boleh nampak bahawa PAS dibawah HH sedang berpakat d3ngan UMNO secara sulit. Bagi orang yang paham politik, nampak dari tindakan2 dan statem3nt2 yang dikeluarkan.

Tuan Haji bawak pulq bukti dari Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ir. Kharul Nizam pulak nak cuba tudung isu UG ini. Pertama siapa Khairul Nizam ni? Hanya Timbalan Ketua Pemida sahaja, dia ni nobody dalam hiraki k3pimpinan PAS Pusat kerana jawatannya tidak meletakkan beliau dalam barisan JKKP.

Kedua, dimana Khairul Nizam tahun 2008 dan semasa mesyuarat JKKP pada 25.8.2014?. Saya xtau dimana dia dalam 2008. Tetapi saya tau dimana dia tahun 2014. Beliau hanya menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Pusat sahaja. Dia xlayak menjadi AJKKP sesi 2013-2015 dan tidak ada dalam mesyuarat rasmi AJKKP 25.8.2014. Jadi apa makna statem3nt yang tuan haji nak jadi bukti xwujud UG?

Maknanya apa jua yqng dia cakap diatas xde authority atau kesahihan. Dia xde dalam mesyuarat JKKP 25.8.2014. Apa jua yang dia tahu hanya infomasi pihak ke 3 yang terdedah kepada pem3songan fakta. Dalam bahasa mahkamah orang kata hearsay....cakap-cakap org je.

Jadi stat3m3nt Khairul Nizam ni hanya cakap2 kosong sahaja hendak menegak benang basah kerana fakta-fakta sahih masih tetap utuh.

Anonymous said...

SOKONG 200% PERTEMUAN DAN TAUTAN SEMULA UMNO DAN PAS (BUKAN U.G YOU NO) KERANA PAS DAN UMNO ASAL DARI SATU...
DAN LAGI BAGUS BERGABUNG DGN PARTI PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK...
MEMBENTUK....
GABUNGAN ALTERNATIF ALAF BARU.....
HIDUP MELAYU...
HIDUP ISLAM.....DAN
HIDUP PERIBUMI SABAH S'WAK

TAKBIR...TAKBIR....TAKBIR

TERUSKAN USAHA MURNI TUAN PRESIDEN DAN KEPIMPINAN ULAMAK PAS...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails