Friday, November 27, 2015

Jangan Harap Tawan Kedah, Kalau Putus Hubungan Dengan PAS. -Pemuda PKR Kedah.

Menurut Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali, sekiranya putus hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan negeri jelapang padi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis.
"Lanskap politik Kedah cukup berbeza, tidak sama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Kalau putus dengan parti PAS, jangan berangan kita hendak perintah negeri Kedah.
"Berapa ribu pondok di Kedah, kebanyakannya ahli PAS. Mereka semua pengundi PAS," Ridhwan memberitahu ahli parti di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Meskipun begitu, Ridhwan menegas sikap hormat-menghormati perlu diteruskan di antara kesemua parti terutamanya PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Soal hormat, kita hormat adik bongsu kita (Amanah), parti sahabat kita (PAS) tetapi adik bongsu kena dengar juga cakap abang long (PKR)," katanya.
Beliau turut bersetuju dengan ucapan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggesa agar kerjasama dikukuhkan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
"Saya setuju dengan ucapan timbalan presiden tadi. Biarlah PKR tentukan hala tuju PKR. Itu jelas. Ada sesetengah pimpinan tu berserah. Macam harum manis.
"Tetapi realitinya PKR kena tentu masa depan parti sendiri, bukannya orang lain.
"Ini belum sebut lagi soal kerusi, isu itu lambat lagi, tetapi ia akan berlaku sekiranya pimpinan kita, pimpinan Pemuda PKR memandang remeh hal ini," katanya yang turut menyifatkan agihan kerusi pada masa akan datang akan menjadi isu serius. – 27 November, 2015. 

7 comments:

Anonymous said...

JAhnam PAs kerana Hadi dan geng ulamaknya. Jahanamnya PAs dgn azmin dengan gengnya

Anonymous said...

Kalau ada PAS pun takkan menang punya... walaupun MB sekarang berseteru dengan PM, tapi dia pandai ambil hati rakyat..... kena tangan MB urut belakang badan ustad2 pondok, PAS tak PAS, wala tak wala.... sorry undi akan melepas... urutan MB lagi menawan.

IrWrWs said...

Baru satu undi hang hilang... tak heran..

Anonymous said...

Betoi ka ustad2 pondok sokong PAS? jgn dok buat cerita. Cuba try tanya tengok satu2 pondok kat Kedah ni.
Depa sokong saja, undi belum tentu. Anak2 murid mungkin sokong, tp ahli dan undi belum tentu lagi.
Ingat budak2 pondok bodo ka...

Kalau betoi PAS kuat kat Kedah, pasai pa berjaya menang sepenggal saja?

Anonymous said...

Marahnye die ni ... orang PAN memang gitu. Kalau LKS, LGE, DAP puji melambung .... macam dah ketagih cium bontot kafirun tu .... cian nye die .... taubatlah

Anonymous said...

Pasal ada pengkhianat, umpama gunting dlm lipatan, munafik .... siapa dia? Takkan tak tau .... bangsa laanat pasma dn sekarang pan ....

IrWrWs said...

Lantaklah pan.. ko nk bersama dap dipersilakan.. cumanya jgn nk kacau presiden kami yg dikasihi sudah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails