Wednesday, November 18, 2015

Identiti Penyerang Paris Disiar. Belum Tentu Lagi Mereka Pengganas.

Identiti penyerang Paris disiar

PARIS – Perancis dan Belgium melancarkan pemburuan besar-besaran terhadap suspek yang terlibat dalam serangan berdarah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 129 orang di Paris pada Jumaat lalu dan berusaha untuk mengenal pasti identiti lapan penyerang itu dan dalangnya.
Berikut adalah senarai penyerang Paris yang dikenal pasti:
Penyerang terbunuh:
1.ISMAIL OMAR MOSTAFEI, 29,
- Dilahirkan pada 21 November 1985
- Warga Perancis berketurunan Algeria
- Terlibat dalam serangan di dewan konsert Bataclan
- Namanya pernah diletakkan dalam senarai dikehendaki oleh Agensi Perisikan Perancis pada 2010 kerana terlibat dengan kumpulan pengganas
2.SAMY AMIMOUR, 28,
- Dilahirkan pada 15 Oktober 1987
- Berasal dari Drancy, Saint Denis, utara Paris
- Terlibat dalam serangan di dewan konsert Bataclan
- Mempunyai waran tangkap antarabangsa sejak lewat 2013
- Berada di bawah siasatan rasmi sejak Oktober 2012 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berkaitan pengganas berhubung rancangan untuk ke Yemen.
3.BRAHIM ABDESLAM, 31,
- Dilahirkan pada 30 Julai 1984
- Warganegara Belgium
- Meletupkan diri di kafe Comptoir Voltaire di Paris
- Merupakan abang Salah Abdeslam, suspek utama yang masih bebas
4.BILAL HADFI, 20,
- Dilahirkan pada 22 Januari 1995
- Terlibat dalam serangan di Stadium Stade de France
5.Lain-lain:
- Pengebom berani mati dalam serangan di luar Stadium Stade de France
- Pasport yang ditemui berhampiran mayat pengebom berani mati dikenali sebagai Ahmad Al Mohammad, 25, dari Idlib, Syria.
Suspek utama yang masih bebas:
1.ABDELHAMID ABAAOUD
- Warganegara Belgium
- Disyaki dalang di sebalik serangan ter­utama di Syria
2.SALAH ABDESLAM, 26,
- Dilahirkan pada 15 September 1989
- Warganegara Perancis tetapi dilahirkan di Brussels, Belgium
- Suspek dipercayai menyewa sebuah kereta Volkswagen Polo berwarna hitam yang digunakan dalam serangan di Paris.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sudah tentu, mereka yang bernama di atas belum lagi dibuktikan di mahkamah sebagai pengganas. Seperti yang berlaku kepada Osama Laden. Memamg perangai pengganas masa ini, mereka mencipta 'pengganas', pura-pura menanganinya dan mengkambing hitamkan musuh-musuhnya, terutama orang-orang Islam, yang dianggap musuh tradisi mereka.. (IH)

2 comments:

cikmatgelap said...

hanya org pro keganasan aje yg akan seboleh2nya membela pengganas,sedang nabi muhammad di utuskan membawa rahmat pada sekelian alam....sendiri le pikir2kan apa yg telah dilakukan di syria,iraq,lubnan,iran,pakistan....patutkah org se4dang menyembah ALLAH didalam masjid di bom mati dan cedera beratus2 orang...klu bukan kerja pengganas wahabi takfiri,agak2 kerja sape pulak ni

yasmin sakinah said...

Semoga Allah melindungi org islam dr fitnah kaum kafir n kejahatan sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails