Monday, November 23, 2015

Guan Eng Campur Tangan Dalam Bayangan Rampas Kuasa PKR P Pinang?

Yb Ong Chin Wen serta Ajk JKKK menyampaikan sumbangan kepada Isteri Mangsa Kebakaran kecil.
Pergeseran antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan lima ADUN PKR, yang tidak mahu menolak satu usul terhadap kerajaan negeri, semakin panas dengan Lim membayangkan rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang.
Minggu lalu lima wakil rakyat PKR berkecuali daripada mengundi satu usul daripada ADUN Umno yang menggesa ketelusan berhubung projek penambakan laut.
Lebih menyulitkan, Lim kini membayangkan rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang diketuai ketua whip PKR di Dewan Undangan Negeri Ong Chin Wen.
Ketua menteri pulau mutiara itu mendakwa Ong mensasarkan jawatan timbalan ketua menteri yang kini dipegang oleh ADUN Pantai Jerejak Rashd Hasnon.
"Adakah Ong mahu menjadi timbalan ketua menteri yang baru? Adakah beliau mahu mencabar Rashid bagi jawatan itu? Kami tidak dimaklumkan," kata Lim di sambutan rumah terbuka Deepavali Air Putih malam ini.
"Kami hanya mengetahui Rashid, dan ini adalah pendirian kami, kerana kami cukap jelas mengenainya.
"Kami tidak boleh ada dua harimau atas bukit yang sama - seorang Rahid, seorang lagi Ong (Chin Wen). Saya bersama 'harimau' Rashid, bukan Ong," kata Lim.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ong enggan mengulas mengenainya. (MK)

2 comments:

Anonymous said...

Pakatan robek dipulau pinang gara gara tambak laut yg akan menghalau nelayan melayu.nampaklah siapa cina yg membela melayu siapa melayu yg membela cina

Anonymous said...

MENGAPA ORNANG ISLAM TERMASUK ORANG MELAYU TIDAK BOLEH MENGUNDI PARTI ROKET:

(1) Parti Roket menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini walaupun hukum Allah ini hanyalah untuk orang Islam sahaja. Bahkan parti Roket mencemuh, mengutuk dan menentang program dakwah Islam seperti khutbah Jumaat yang mencadangkan penyelesaian kepada masalah sosial dan jenayah, menggalakkan perpaduan orang Islam dan mengajak orang Islam kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Ini menunjukkan betapa biadapnya parti Roket yang berani campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam dan orang-orang Islam.

Jika parti roket berani menentang Allah, ini bererti mereka tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan. Perkara 3(1) Perlembagaan, agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini. Ini terbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

Bolehkah anda bayangkan nasib orang Islam dan agama Islam apabila parti roket berkuasa di negara ini?

(2) Parti Roket yang bersifat perkauman juga amat dengki kepada hak keistimewaan orang Melayu sebagai orang asal (bumiputera) negara ini sehingga parti Roket berusaha gigih menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Parti Roket dan kaumnya juga terlibat dalam penghapusan berpuluh-puluh kampung Melayu dan PP. Ini adalah satu ethnic cleansing yang sedang berlaku di negara ini.

Bolehkah anda bayangkan nasib orang Melayu apabila parti Roket berkuasa di negara ini? Bahkan terdapat segelintir orang melayu sanggup menjadi badut dan pelawak parti Roket untuk menipu orang Melayu menyokong parti roket. Kita semua tahu bagaimana orang-orang Melayu telah ditindas dan dinafikan hak kemanusiaan di Singapura oleh kerajaan yang dikuasai oleh orang kafir.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails