Monday, November 23, 2015

DAP-PKR P.Pinang.Retak.. -Chong Sin Woon



KUALA LUMPUR - Tindakan ‎Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menuduh lima wakil rakyat PKR 'bersama Umno' menunjukkan berlakunya keretakan hubungan antara DAP dan PKR di Pulau Pinang.


Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon (gambar atas sekali)berkata, keretakan ini berlaku kerana lima wakil rakyat tersebut bertindak berkecuali ‎daripada mengundi usul tebus guna tanah di Pulau Pinang.

‎"Kita nampak sangat keretakan dan perpecahan di pakatan selepas pergaduhan di antara  DAP dan Pas.
"Sekarang PKR juga menunjukkan ketidakpuasan hati mereka," katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Sin Woon menjelaskan bahawa Guan Eng kini semakin angkuh dan langsung tidak boleh menerima sebarang komen dan kritikan.

"Sudah ada di depan mata kita bagaimana keangkuhan Guan Eng dan menjadikan dia seorang yang tidak boleh menerima sebarang komen termasuk di Pulau Pinang," katanya lagi.

Sebelum ini, Pemuda PKR Pulau Pinang mendesak Guan Eng menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran membuat tuduhan melulu terhadap lima wakil rakyat PKR berikutan isu usul tambakan laut.

Ia ekoran tindakan lima wakil PKR tidak mengundi di dalam usul isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar. -SH 

1 comment:

Anonymous said...

Retak menanti belah gara gara pan the tak.kata kelantan jahat sbb hutan depa nak tambak laut memusnahkan hidupan marin n menjejaskan hidupan nelayan melayu.depa kata umno zalim mereka zalim pecat jkkk pas.habislah pekung mereka sudah terbuka.husampun sudah tak dpt bg talian hayat lg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails